Artikel Popular

Thursday, September 20, 2012

Forbes 400: Orang Terkaya Amerika

KHAMIS, 20 September 2012
Oleh:    ZULKIFLI  SALLEH


Menduduki senarai teratas dalam kalangan 400 orang terkaya di Amerika Syarikat ialah Bill Gates dengan kekayaan bersih AS$66 bilion, diikuti oleh Warren Buffett dengan kekayaan bersih AS$46 bilion, dan Larry Ellison menduduki tempat ketiga dengan kekayaan bersih AS$41 bilion.  

Turut tersenarai dalam 10 orang teratas ialah Koch bersaudara, iaitu Charles dan David dengan kekayaan bersih masing-masing AS$31 bilion.  Mengikuti penyumbang utama dana kempen Mitt Romney, ialah keluarga Walton, iaitu Christy dan keluarga, dengan kekayaan besih AS$27.9 bilion, Jim AS$26.8 bilion, Alice AS$26.3 bilion, dan S. Robson dengan kekayaan bersih AS$26.1 bilion.   Sementara Michael Bloomberg menduduki tempat ke-10 dengan kekayaan bersih AS$25 bilion.

Penyumbang terbesar dana kempen Romney, iaitu raja kasino, Sheldon Adelson menduduki tempat ke-12 dengan kekayaan bersih AS$20.5 bilion, selepas Jeff Bezos yang mempunyai kekayaan bersih AS$23.2 bilion.  Menyusuli Adelson, ialah Sergey Brain dan Larry Page, kedua-duanya daripada Google, dengan kekayaan bersih masing-masing AS20.3 bilion, dan  diikuti oleh  George Soros yang menduduki tempat ke-15, dengan kekayaan bersih AS$19 bilion.

Usahawan media sosial, Facebook, iatu Mark Zuckerberg  menduduki tempat ke-36 dengan kekayaan bersih AS$9.4 bilion, tetapi yang termuda, usia 28 tahun.  Bersama-sama beliau ialah Richard Kinder dan Rupert Murdoch.  

Kekayaan bersih 400 orang ini, diperhatikan meningkat kira-kira 13 peratus, kepada AS$1.7 trilion. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...