Artikel Popular

Thursday, September 13, 2012

Kebangkitan Parti Kiri di Eropah

KHAMIS, 13 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Susutan  sistem Eropah, tulis Samir Amin dalam Monthly Review, atau peta Eropah yang berpecah belah, hujah Robert D. Kaplan, tulisan yang berasaskan buku terbaharunya. Semuanya menggambarkan bahawa Eropah dilanda krisis: kewangan, kapitalisme, demokrasi yang diperburukkan lagi dengan kebangkitan puak kanan jauh yang semakin menjadi-jadi dengan tiupan semangat oleh  Anders Behring Breivik

Tatkala banyak perhatian diberikan terhadap puak kanan jauh, termasuk kajian oleh kumpulan pemikir British, parti puak kiri juga memperkukuh kedudukannya, seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Presiden Perancis beberapa bulan lalu yang menyaksikan calon parti sosialis, Francois Hollande, dan pada takat tertentu, di Greece dengan kebangkitan Parti Syriza pimpinan Alexis Tsipras.

Sementara di Belanda, yang pilihan raya sedang berlangsung, menurut pemerhatian Chris Aalberts, dijangkakan memihak kepada parti kiri, iaitu Parti Buruh (PvdA), pimpinan Diederik Samsom.  Sepintas lalu, hujah Aalberts, hal ini seakan-akan kesinambungan anjakan meluas di Eropah ke arah kiri. 

Hampir semua undi dihitung, menurut BBC, Perdana Menteri, Mark Rutte mendakwa bahawa parti VVD liberalnya meraih kemenangan, manakala Parti Buruh menduduki tempat kedua.  VVD dikatakan memperoleh 41 kerusi daripada 150 kerusi Dewan Rakyat, dua kerusi lebih daripada yang diperoleh oleh Parti Buruh. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...