Artikel Popular

Friday, September 21, 2012

Sejak Bila Tetek Terdedah Menjadi Pantang Larang dalam Peradaban Barat?

JUMAAT, 21 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Foto separuh bogel Kate Middleton masih laris, walaupun mahkamah Perancis memerintahkan penerbit menyerahkan digital dan menghentikan penerbitan seterusnya.  Selain diterbitkan dalam majalah di Italy, foto itu  dilaporkan diterbitkan dalam  majalah di Sweden dan akan diterbitkan dalam majalah di Denmark.

Dalam pada itu, perdebatan atau polemik nampaknya melampaui foto tersebut, misalnya Nora Caplan-Bricker, yang menulis dalam The New Republic, pergi lebih jauh,  "mengapa akhbar British tidak dapat menentukan apakah yang akhbar itu mahu daripada Kate Middleton."

Melihat kekecohan foto separuh bogel Kate, mencerminkan budaya yang terpukau pada tetek, Florence Williams  menulis dalam The Guardian,  menegaskan bahawa dari segi sejarah, tetek menjadi tumpuan.  "Wajah Helen dari Troy," tulis Florence, "mungkin melancarkan beribu-ribu buah kapal, tetapi sebenarnya, teteknya  yang menaikkan semangat tentera."  Melihat tetek Helen, tambah beliau, menyebabkan Menelaus meletakkan pedangnya.

Henry II, raja Zaman Pertengahan Perancis, menurut Florence, menghiasi  goblet wainnya   "seperti epal" tetek kiri gundiknya, Diane de Poitiers.

Pastinya, paling menarik ialah tulisan Brian Palmer, yang juga bertitik tolak daripada kegamatan foto separuh bogel Duchess dari Cambridge itu, yang menurut beliau, dapat diterima dari segi sosial pada sesuatu ketika. Palmer mengetengahkan kegagalan peguam majalah di Perancis berhujah bahawa fotograf tidak menceroboh privasi kerana tetek yang terdedah tidak lagi merupakan pantang larang di Eropah.  "Bilakah tetek yang terdedah menjadi pantang larang dalam peradaban Barat?" tanya Palmer.

Kemungkinannya, jelas Palmer, kira-kira 3000 tahun lalu, dengan merujuk wanita yang dipamerkan dengan tetek terdedah dalam karya seni Minoan dari 1500 S.M. Sesetengah sejarawan percaya bahawa wanita purba ini dalam keadaan separuh bogel ketika upacara keagamaan. Wanita purba Mesir didapati berpakaian, sama ada menutup tetek mereka ataupun membiarkan tetek itu terdedah.  

Walau bagaimanapun, menurut Palmer, hanya beberapa abad kemudian, tetek betul-betul menjadi bahagian rahsia,seperti yang diamalkan oleh wanita Athen purba dan wanita Sparta pada pertengahan alaf pertama S.M. 

Pengaruh Bible dan tradisi Greece dan Rom purba, tulis beliau, wanita Barat menutup tetek mereka dengan pakaian yang longgar lebih satu alaf.  "Aristokrasi Perancis yang mula-mula mencabar pantang larang ini Pada tahun 1300-an, leher baju menjadi luas dan pakaian diketatkan, mendedahkan bentuk tetek."  Jelas Palmer lagi, wanit Venice dan England yang lebih provokatif, dikatakan berjalan-jalan dengan tetek terdedah pada abad berikutnya.  Bahkan, dikatakan Ratu Elizabeth I sendiri, mendedahkan seluruh atau hampir seluruh teteknya kepada para tetamu, yang jika benar, mungkin Duchess dari Cambridge yang muda jelita, berasa selesa.  

"Akan tetapi, trend ini hanya sementara, dan larangan umum terhadap tetek terdedah dalam masyarakat Eropah diperkukuh semula secara tegas pada tahun 1600-an."

Kelakuan tetek, tulis The Economist, bagaimana teknologi dan peraturan mengubah ekonomi foto diraja bogel.  Merujuk sambutan kepada  Duke dan Duchess dari Cambridge ketika melawat  Kepulauan Solomon, ulas majalah itu, banyak tetek yang ditayangkan sebagai sebahagian lawatan mereka di Lautan Pasifik itu, tetapi tidak mencetuskan kekecohan berbanding dengan yang berlaku terhadap pasangan tunggal yang muncul dalam Closer, yang memaksa pasangan itu mengambil tindakan undang-undang. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...