Artikel Popular

Monday, September 17, 2012

Potongan Cukai Tidak Mendorong Pertumbuhan Ekonomi

ISNIN,  17 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Lazimnya, ketika kerajaan menyediakan belanjawan untuk dibentangkan setiap tahun,      golongan tertentu mencadangkan supaya kadar cukai dikurangkan, tetapi pada masa yang sama, mereka mahu kerajaan menjanakan pertumbuhan ekonomi.

Memetik kajian, Derek Thompson yang menulis dalam The Atlantic, menegaskan bahawa di Amerika Syarikat, analisis enam dekad data mendapati kadar cukai teratas "mempunyai kaitan yang sedikit dengan simpanan, pelaburan, atau pertumbuhan produktiviti."  

Walau bagaimanapun, jelas beliau, kajian itu mendapati bahawa pengurangan cukai laba modal dan cukai kadar marginal teratas membawa kepada ketidaksamaan pendapatan yang meluas.  Kajian terdahulu yang dipetik dalam kajian itu menunjukkan bahawa pengurangan kadar cukai asas luas boleh mempunyai "sedikit kesan positif sederhana terhadap pertumbuhan ekonomi" atau "tidak mempunyai kesan terhadap pertumbuhan ekonomi."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...