Artikel Popular

Thursday, September 13, 2012

Tinggalkan Jimat-cermat!

KHAMIS, 13 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan terbaharunyamengingatkan kerajaan di Amerika Syarikat, Eropah, dan Britain agar meninggalkan jimat-cermat dan menangani jurang yang melebar antara kaya dengan miskin atau terperangkap dalam kemerosotan ekonomi yang dalam kemerosotan ekonomi yang dalam. 

Laporan perdagangan dan pembangunan tahunan setebal 200 halaman, menggesa kerajaan supaya merangsang upah untuk meningkatkan permintaan.  Ketua ahli ekonomi Unctad, Heiner Flassbeck dipetik sebagai berkata:  "Apa yang kita ketahui sekarang ialah zaman jangkaan lenyap untuk orang yang bekerja.  Mereka mungkin tidak  lagi mempunyai jangkaan pendapatan positif, dan ini kali pertama sejak Perang Dunia Kedua, kita menghadapi situasi seperti ini."

Unctad meramalkan pertumbuhan global 2.3 peratus pada tahun 2012, lemah berbanding dengan 2.7 peratus tahun lalu, dan jauh di bawah empat peratus yang merupakan norma sebelum krisis kredit. 

Ahli ekonomi dan ahli politik semakin prihatin tentang impak ketidaksamaan pendapatan yang semakin melabar terhadap prospek pertumbuhan ekonomi.  Bahagian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dibawa balik oleh para pekerja dalam bentuk upah merosot di seluruh negara maju.  Di Britain, daripada 70 peratus pada tahun 1970 kepadad kurang 63 peratus pada 2010; dan di Amerika Syarikat, daripada 65.3 peratus pada 1970 kepada 59 peratus pada 2010.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...