Artikel Popular

Wednesday, September 26, 2012

Mengapa Lelaki Naik Syok Tengok Tetek?

RABU,  26 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tetek bagi kebanyakan wanita, bagaikan mahkota mereka.  Ada wanita yang berbangga dengan saiz tetek mereka, sama ada kecil ataupun besar; ada wanita pula yang merasakan sebaliknya: kecil bermasalah, besar juga bermasalah.

Bagi kaum lelaki, selain rupa paras, betis dan kaki mereka, tetek juga menarik perhatian mereka.  Kalau disediakan senarai daya tarikan terhadap kaum wanita, mungkin tetek dalam senarai yang teratas. 

Larry Young dan Brian Alexander cuba menjelaskan mengapa lelaki heteroseksual   terpesona oleh  tetek wanita bahawa kita ada kalanya bertindak seakan-akan tetek merupakan  the seat of the soul. Dari segi biologi, selalu memikirkan tetek oleh kaum lelaki adalah benar-benar pelik.  Manusia, menurut Young dan Alexander, hanya mamalia jantan terpesona oleh tetek dalam konteks seksual.  Wanita merupakan hanya mamalia betina yang tetek menjadi besar ketika baligh, iaitu tidak bergantung pada kehamilan.  Kita juga hanya spesies yang belaian, urut, dan bahkan dari segi lisan, merangsang tetek wanita ketika bercumbuan dan bersetubuh.

Wanita pula, jelas Young dan Alexander lagi, kelihatan seronok dengan perhatian ini, sekurang-kurangnya pada detik yang sesuai.  Mereka memetik kajian Roy Levin dan Cindy Meston yang melibatkan 301 orang, termasuk 153 wanita, mendapati bahawa merangsang tetek atau puting, menambahkan lagi keinginan seksual kira-kira 82 peratus wanita yang dikaji. Hampir 60 peratus wanita secara eksplisit meminta puting mereka disentuh.

Bagi yang berminat mengetahui perkara ini secara mendalam, harap baca tulisan Larry Young dan Brian Alexander yang dipetik di sini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...