Artikel Popular

Wednesday, September 12, 2012

Kemelesetan dan Stres

RABU, 12 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Kemelesetan ekonomi, selain mencetuskan pergolakan politik dan kekacauan sosial, membawa kesan terhadap kehidupan manusia, seperti perceraian, bunuh diri, dan kemurungan. 

Sementara itu di Britain, seperti yang dilaporkan oleh The Independent, jumlah orang dimasukkan ke hospital makin meningkat akibat stres yang berpunca daripada kemelesetan. Selepas berseronok seketika ketika Sukan Olimpik, perangkaan menunjukkan keterukan masalan mental yang terpaksa dialami oleh orang British ketika   tidak ada jaminan pekerjaan semakin meluas. 

Memetik Health and Social Care Information Centre (HCIS),  hampir 6400 orang  dimasukkan ke hospital akibat stres dalam masa 12 bulan hingga Mei tahun ini, iaitu meningkat tujuh peratus daripada kadar pada tahun sebelumnya dan 47 peratus meningkat pada tahun 2007-2008 apabila krisis ekonomi melanda. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...