JUMAAT, 8 April 2011
Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Sebaik-baik membaca berita dalam The Star dua hari lalu bahawa “PPSMI May Return” yang memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran, saya menulis dalam facebook. Dalam tulisan itu saya mengakui bahawa saya tidak membaca habis berita itu kerana terlalu meluat, mual. Malangnya, tiada apa-apa respons, meskipun banyak perkara lain membanjiri facebook saya. Hanya pada malamnya apabila Dr. Abdullah Hassan dan Mohd. Nasir Hamzah mengetengahkan perkara itu, respons mencurah-curah daripada pejuang atau pencinta bahasa yang menentang keras sebarang usaha untuk “mendarat lembut” Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Secara keseluruhannya, para pejuang atau pencinta bahasa, termasuk Dr. Awang Sariyan yang kini bertugas di Beijing masih tidak lupa akan asal usul PPSMI dan segala janji Muhyuddin Yassin apabila mengumumkan pembatalan dasar "bidan terjun" ini.
Saya sendiri dalam beberapa tulisan dalam blog, termasuk dalam “UMNO, Bahasa, dan Biografi,” yang merupakan obituri kepada Allahyarham Datuk Abdul Rahim Abu Bakar, turut menyentuh pelaksanaan PPSMI. Justeru, memadailah di sini saya berkongsi pengalaman saya sebagai Ketua Bahagian Majalah (Ketua Editor) di Dewan Bahasa dan Pustaka ketika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri membuat keputusan tersebut, dan juga sedikit sebanyak ingatan saya.
Dalam kalangan ahli Lembaga Pengelola DBP, pendirian mereka adalah berbelah bahagi; seperti yang dapat dilihat melalui kenyataan mereka dan seperti yang diberitahu oleh Pengerusi Lembaga Pengelola ketika itu, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar kepada saya, ada yang menyokong pelaksanaan PPSMI. Sementara akhbar Utusan Malaysia hingga beberapa tahun – sekurang-kurangnya hingga tahun 2005, masih memihak kepada PPSMI. Sebagaimana terjadi terhadap pelucutan kekebalan Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 apabila banyak ahli sejarah, penulis, dan budayawan menyokong tindakan Mahathir, demikian juga terhadap PPSMI – golongan penyokong ini mengubah pendirian mereka selepas bekas rejim tidak lagi berkuasa. Mengapa dahulu mereka menyokong, tetapi kemudian menentang sesuatu keputusan itu tida perlu dijelaskan di sini.
Dalam kalangan pengurusan DBP, Dr. Awang Sariyan, Pengarah Jabatan Bahasa, jauh ke hadapan dan lebih konsisten menentang PPSMI. Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan beliau berseorangan. Beliau pernah memberitahu saya bahawa dalam mesyuarat pengurusan beliau mempersoalkan dua kenyataan Ketua Pengarah, Datuk A. Aziz Deraman, satu di Pulau Pinang dan satu lagi di Johor Bahru yang memperlihatkan bahawa kerajaan sentiasa menyokong usaha mendaulatkan bahasa Melayu. Bagi Dr. Awang, kenyataan tersebut “tidak kena pada waktunya.”
Sementara saya sebagai Ketua Editor diminta oleh Mesyuarat Lembaga Pengelola pada bulan Mei, menyatakan pendirian terhadap dasar itu. Saya bersama-sama beberapa orang editor yang berkenaan, termasuk Datuk Dr. Anwar Ridwan, Pengarah Penerbitan, dan A. Jalil Ali, Ketua Editor majalah terbitan DBP yang difrancaiskan menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk A. Aziz Deraman. (Jika tidak silap, Dr. Awang Sariyan turut hadir.) Saya dikehendaki menerbitkan tulisan dalam majalah terbitan DBP yang menyatakan penentangan terhadap pelaksanaan PPSMI. Saya sendiri pernah menulis beberapa makalah, dan ada antaranya masih berlegar dalam Internet. Dalam mesyuarat editorial majalah saya beberapa kali menyatakan bahawa “saya bukannya seorang nasionalis dan perjuangan ini pasti berakhir dengan kegagalan, tetapi untuk rekod yang mungkin dikaji pada masa hadapan, kita telah melakukan sesuatu.”
Kira-kira dua tahun kemudian, ketika mengadakan bengkel di sebuah hotel di Melaka, saya dan beberapa rakan yang lain membaca sebuah akhbar tabloid yang menghentam Dr. Awang kerana beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli pendidikan Cina untuk menentang PPSMI. Saya juga menjadi sasaran kerana menggunakan majalah DBP mengkritik kerajaan yang melaksanakan PPSMI. Saya berbual dengan Dr. Awang bahawa “kita kena hentam,” dan tertanya-tanya siapakah yang menulis makalah itu dan siapakah penerbit tabloid berkenaan.
Pada tahun 2002, dalam pertemuan antara staf Jabatan Penerbitan DBP dengan beberapa ahli Lembaga Pengelola DBP, seorang daripadanya memberitahu bahawa bahasa Melayu merupakan liabiliti kepada ahli-ahli politik. Tidak banyak lagi ahli politik yang ingin memperjuangkan bahasa Melayu. Dan, hal ini memang benar jika dilihat pendirian ahli politik berikutan pengumuman pelaksanaan PPSMI yang dibuat pada tahun itu. Pada mulanya dijangkakan isu ini akan menjadi perdebatan hangat sempena Perhimpunan Agung UMNO, tetapi jangkaan itu meleset sama sekali. Ada beberapa perwakilan yang beria-ia mencari fakta dan data untuk menyatakan tentangan terhadap PPSMI, tetapi akhirnya mengambil keputusan berdiam diri.
Walau bagaimanapun, perwakilan Johor, Datuk Ahmad Jauhari (jika tidak silap) menyatakan tentangannya dalam Perhimpunan Agung itu, tetapi teks ucapannya “digelapkan” oleh akhbar, termasuk akhbar berbahasa Melayu. Datuk Abdul Rahim (Allahyarham), menyerahkan teks ucapan Exco Johor itu kepada saya dan meminta menerbitkannya dalam mana-mana majalah – saya menerbitkannya dalam Dewan Bahasa. Sebelum itu, sebuah bahagian UMNO di Johor yang diketuai oleh Datuk Adam A. Hamid dengan berani meluluskan undi tidak percaya kepada Menteri Pendidikan ketika itu.
Senator Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah, ketika berkhidmat sebagai Ketua Pengarah DBP, pernah beberapa kali memberitahu saya bahawa jika berbangkit tentang pelaksanaan PPSMI, wujud dua versi: dalam mesyuarat pascakabinet Kementerian Pelajaran, pelaksanaannya dimaklumkan berjalan lancar, semua elok. Akan tetapi, di luar mesyuarat itu, lain pula ceritanya, timbul bermacam-macam masalah. Mimpi indah bertukar ngeri. Saya juga teringat ucapan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahmad Sipon bersempena majlis persaraan beliau, yang antaranya mencadangkan pelaksanaan PPSMI dikaji semula. Cadangan tersebut pastinya memeranjatkan kerana datangnya daripada pegawai kanan kerajaan yang memasuki dunia persaraan: saya tidak pastinya sama beliau pernah mengemukakan cadangan seperti itu semasa beliau berkhidmat dalam kerajaan.
Kelesuan sambutan ahli politik terhadap PPSMI turut dirasai sejak dua hari lalu. Meskipun facebook saya banyak juga disertai oleh penyokong parti pembangkang yang berketurunan Melayu, tetapi boleh dikatakan mereka langsung tidak mempedulikan “keributan” yang melanda media sosial itu berikutan ura-ura untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan PPSMI. Mereka terpasung dalam kegamatan pita video seks, pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, kematian pegawai kastam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Sesungguhnya, inilah kualiti kepimpinan Melayu dalam mana-mana parti politik di tanah air kita yang sepatutnya membangkitkan kebimbangan yang tidak berkesudahan. Masalah yang mendepani orang Melayu dari segi bahasa, pendidikan, ekonomi, dan budaya langsung tidak diendahkan.
Senator Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah, ketika berkhidmat sebagai Ketua Pengarah DBP, pernah beberapa kali memberitahu saya bahawa jika berbangkit tentang pelaksanaan PPSMI, wujud dua versi: dalam mesyuarat pascakabinet Kementerian Pelajaran, pelaksanaannya dimaklumkan berjalan lancar, semua elok. Akan tetapi, di luar mesyuarat itu, lain pula ceritanya, timbul bermacam-macam masalah. Mimpi indah bertukar ngeri. Saya juga teringat ucapan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahmad Sipon bersempena majlis persaraan beliau, yang antaranya mencadangkan pelaksanaan PPSMI dikaji semula. Cadangan tersebut pastinya memeranjatkan kerana datangnya daripada pegawai kanan kerajaan yang memasuki dunia persaraan: saya tidak pastinya sama beliau pernah mengemukakan cadangan seperti itu semasa beliau berkhidmat dalam kerajaan.
Kelesuan sambutan ahli politik terhadap PPSMI turut dirasai sejak dua hari lalu. Meskipun facebook saya banyak juga disertai oleh penyokong parti pembangkang yang berketurunan Melayu, tetapi boleh dikatakan mereka langsung tidak mempedulikan “keributan” yang melanda media sosial itu berikutan ura-ura untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan PPSMI. Mereka terpasung dalam kegamatan pita video seks, pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, kematian pegawai kastam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Sesungguhnya, inilah kualiti kepimpinan Melayu dalam mana-mana parti politik di tanah air kita yang sepatutnya membangkitkan kebimbangan yang tidak berkesudahan. Masalah yang mendepani orang Melayu dari segi bahasa, pendidikan, ekonomi, dan budaya langsung tidak diendahkan.
Keterhakisan kedaulatan bahasa Melayu dan pelaksanaan PPSMI, antaranya mendedahkan bahawa hak istimewa orang Melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan boleh dicabuli tanpa memerlukan pindaan. Daripada kelonggaran membenarkan universiti awam menggunakan bahasa Inggeris untuk kursus sains dan teknologi pada tahun 1993 kepada pelaksanaan PPSMI 2003, tidak ada peruntukan Perlembagaan yang dipinda.
Justeru, apabila Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalam ucapannya sempena Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu bahawa hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Raja-Raja Melayu, sememangnya tidak tepat sama sekali. Bagaimana beliau serta barisan penasihatnya dan juga anggota perwakilan tidak menyedari sesuatu yang berlaku terhadap bahasa Melayu dan pelaksanaan PPSMI – saya ulangi – tidak melibatkan pindaan mana-mana peruntukan Perlembagaan. Jika ada pemimpin cuba menyedapkan hati kita bahawa segala-galanya terjamin di sisi Perlembagaan, kita jangan mudah tergoda, terpedaya, dan teruja.
Kini, PPSMI menghantui semula, dan sekali lagi para pejuang dan pencinta bahasa dipersendakan oleh pemimpin Melayu. Bagi kita yang kecintaan terhadap bahasa Melayu tidak pernah luntur dan terhakis, jadikan mimpi ngeri yang berpanjangan ini sebagai masa untuk bertindak. Seandainya kita tewas di medan bahasa, carikan medan politik untuk pertarungan seterusnya: biar bertemu buku dengan ruas. Biarkan mereka “mendarat lembut” untuk PPSMI. Perjuangan kita yang hakiki ialah memberi mereka “mendarat keras” supaya mereka terbabas, tercampak, dan terpelanting demi memperlihatkan kepada mereka bahawa kita bukannya jenis “Melayu yang mudah lupa.”
Biarkan kerajaan tunduk pada desakan untuk meneruskan pelaksanaan PPSMI, termasuk desakan daripada Tun Mahathir – yang anggap PPSMI bagaikan diturunkan dari langit. “Biarkan luncai terjun dengan labu-labunya.” Sebaliknya, tanggungjawab dan kewajipan kita yang hakiki ialah memastikan pemimpin dan ahli politik yang mengusung kecelakaan dan kecelakaan kerana melaksanakan PPSMI tidak muncul lagi selepas pilihan raya umum akan datang.
Salam,
ReplyDeletedari sibuk menggali cerita soal remeh (yang besar bagi mereka). Adalah terlebih baik mereka kembali mengenangkan bahasa Melayu yang kini seolah terhukum dek bangsanya sendiri. inilah masalahnya apabila ramai pemimpin yang lahir, tidak lahir sebagai pemimpin bangsa tetapi pemimpin bangsat. kiamatlah dunia kerananya...
Perjuangan dari awal kewujudan manusia memerlukan pengorbanan. Biarpun pejuang tidak ada kuasa pemerintahan dan seringkali alah oleh pelbagai bentuk halangan dan penindasan, perjuangan mesti diteruskan. Kita mengharapkan redha Allah.
ReplyDeletePerjuangan mempertahakan bahasa Melayu sebagai tunjang tamadun (yang ditakdirkan Allah bersendikan agama-Nya itu)adalah fardhu.