Artikel Popular

Wednesday, March 14, 2012

Ke Mana Perginya Pekerjaan?

KHAMIS,  15  Mac 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Laporan terbaharu menunjukkan kadar pengangguran di United Kingdom ialah 8.4 peratus, tertinggi sejak tahun 1995.   Sementara  di Amerika Syarikat, kadar pengangguran pada bulan Februari kekal pada 8.3 peratus.  

Yang lebih runcing ialah pengangguran dalam kalangan belia di peringkat global, yang disifatkan sebagai malapetaka. Angkanya memang ketara: di sesetengah negara di dunia Arab, mencecah hingga 90 peratus yang melibatkan remaja yang berumur antara 16 - 24 tahun.  Di Amerika Syarikat, kadar pengangguran belia ialah 23 peratus, di Sepanol hampir 50 peratus, dan di United Kingdom 22 peratus. 

Carta harian The Economist menunjukkan bahawa daripada kajian  suku tahun terhadap 65,000 majikan di 41 buah negara, lebih banyak majikan menjangkakan lebih banyak pengambilan pekerja berbanding dengan pemecatan.  Harapan adalah lebih tinggi di India dan Brazil, dipacu oleh sektor perkhidmatan, hampir enam daripada 10 majikan di India dalam sektor perkhidmatan merancang untuk memperluas tenaga kerja mereka sebelum akhir Jun ini. Di China, kerana tekanan untuk meningkatkan upah dan keadaan kerja, syarikat tidak lagi mengambil pekerja secara agresif, seperti yang mereka lakukan pada masa lalu.   Prospek pekerjaan di Amerika Syarikat masih lemah berbanding dengan keadaan sebelum kemelesetan, tetapi tinjauan kini  lebih optimistik berbanding dengan keadaan suku akhir tahun 2008.  Tidak memeranjatkan, majikan Greece masih muram, meskipun sebilangan majikan menjangkakan keadaan lebih baik pada suku kedua tahun ini. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...