Artikel Popular

Friday, August 10, 2012

Lelaki yang Stres Minat Wanita Besar

JUMAAT, 10 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Jika anda stres, apakah yang anda lakukan? Tunjukkan keberangan anda?  Tidur sekejap? Berborak sambil ketawa dengan kawan-kawan? Berhibur dengan teman?  Banyak orang banyak ragam!

Sejak tiga hari lalu, saluran berita dan akhbar, seperti CNN, The Huffington Post, Los Angeles Times,  The Australian, The Telegraph,  dan  The Guardian, menyiarkan hasil kajian bahawa lelaki yang stres meminati wanita yang bersaiz besar.  Lelaki selalunya meminat wanita yang berbadan ramping, jelita, dan kelihatan muda, tetapi lelaki yang stres mempunyai cita rasa yang berlainan.

Para penyelidik menunjukkan gambar pelbagai jenis saiz badan wanita kepada lelaki, dan bertanyakan yang mana satu idaman mereka.  Kajian mendapati bahawa pelajar "yang stres" memilih wanita yang saiz badannya agak besar berbanding dengan kumpulan kawalan.  Kajian itu merumuskan bahawa apabila kita mengalami stres yang yang teruk (menandakan mungkin persekitaran ancaman), kita menjadi lebih tertarik badan yang menunjukkan kematangan sebagai menjadikan kita berasa lebih selamat.

Dengan kata lain, wanita yang berbadan besar, merupakan tempat berlindung untuk lelaki yang hidup tertekan. Maka, bagi wanita yang sedemikian, seandainya ada lelaki yang kelihatan tertekan, harap-harap fahamlah, ya, kerana lelaki berkenaan ingin pertolongan anda!

Satu keistimewaan untuk wanita yang berbadan besar.  Teman setia anda ialah lelaki yang stres.  Gemuk lawan stres;  sama cantik, sama padan, macam pinang dibelah dua.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...