Artikel Popular

Sunday, August 5, 2012

Romney Bacul?

AHAD, 5 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dalam keluaran terbaharunya, Newsweek muncul kulit depan yang kontroversi, "Romney: The Wimp Factor," dengan rencana utama ditulis Michael Tomasky, yang boleh sebagai seorang penulis yang anti-Mitt Romney dan pro-Barack dalam majalah itu dan The Daily Beast. Banyak hal, seperti menyembunyikan cukainya, Romney tidak selamat untuk menjadi Presiden Amerika.

Ini kali kedua majalah ini mengetengahkan faktor bacul, yang pertama pada tahun 1987 dengan sasarannya ialah  George H.W. Bush.  Romney, bahas mewarisi kebaculan bekas Presiden Amerika Syarikat itu.

Tomasky memulakan penulisannya dengan membangkitkan kebodohan Romney di London baru-baru ini sehingga mencetuskan di sebelah menyebelah Atlantik.  Romney, tegas beliau, benar-benar bacul.  "Romney jenis pincang.  Bercakap itu ini, kemudian meminta maaf segera dengan semua keikhlasan tebusan." 

Apakah jenis calon Presiden yang merungut tentang beberapa kritikan dan menuntut maaf apabila permulaan kelihatan keras?  Dan cuba menunjukkan nada keras dengan menuduh Presiden yang pengganas yang paling dikehendaki di dunia sebagai peredaan? Soal Tomasky, "Lelaki ini gelabah, menggigil, kelihatan lemah.  Anehnya, menggigil kelihatan lemah menjadikan beliau kelihatan semakin lemah." 

Menurut takrif konservatif, Romney hancur menyeluruh.  Beliau merupakan ahli politik utama yang  kebanyakan  mengelak risiko, yang muncul pada zaman ini, hujah Tomasky, merujuk penglibatan Romney di Bain Capital. Romney juga terlalu pintar, tetapi terlalu banyak melakukan perunduran balik.

Tomasky menjelaskan hubungan langsung dengan masalah bacul yang paling besar yang Romney hadapi.  "Selepas lima tahun dan dua kempen Presiden, beliau masih belum mengambil pendirian sebenar tentang mana-mana isu, dan namun, mengambil satu pendirian yang menyusahkan kanan keras pasti beliau."

Rencana utama Newsweek itu dipetik, antaranya oleh The Washington Post, tetapi Romney memberitahu bahawa tidak mengganggu tidurnya.

Melalui tulisannya dalam The Daily Beast, Tomasky sekali lagi menuduh Romney bacut, dengan merujuk ucapan beliau semasa di Israel. "Tidak elok bahawa Romney mengubah pandangannya terhadap setiap isu.  Ini memilukan.  Ini menunjukkan beliau hidup dalam ketakutan terhadap sayap kanan Amerika.  Itu faktor bacul sebenar."

Dalam  tulisan yang seterusnya, beliau mendakwa Romney menggunakan strategi pengelakan yang daif dan meragui bahawa orang yang berdolak-dalik layak menduduki Rumah Putih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...