Artikel Popular

Wednesday, August 1, 2012

Friedman Penyelamat Kapitalisme?

RABU, 1 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pada 31 Julai semalam, sekiranya Milton Friedman masih hidup, maka  genap 100 tahun usia ahli ekonomi "sekolah Chicago" dan pendukung neoliberalisme ini.  Beliau meninggal dunia pada tahun 2006, mungkin tidak menjangkakan bahawa krisis begitu teruk, terutamanya di sebelah menyebelah Atlantik.

Ketika hayatnya, Friedman pernah menjadi penasihat ekonomi kepada Presiden Ronald Reagan, Perdana Menteri Margaret Thatcher, dan diktator  Augusto Pinochet.  Bersempena 100 tahun itu, Friedman masih tidak dilupakan.  Michael Moore yang menulis dalam The Wall Street Journal menyifatkan Friedman penyelamat kapitalisme, membantu menjadikan pasaran bebas popular semula pada abad  ke-20.  

Namun, apabila Moore menegaskan bahawa "idea beliau,  bahkan lebih penting sekarang"  menimbulkan keraguan menurut kajian,  pasaran bebas muram,   dan    bahkan menyaksikan kebangkitan kapitalisme negara, seperti yang pernah dibahaskan dalam Bloomberg BusinessWeek dan The Economist.  

Mampukah Friedman, sekiranya masih hidup  menyelesaikan kemerosotan ekonomi yang teruk sekarang ini?  Atau beliau sekadar menyaksikan bagaimana kegagalan neoliberalisme yang beliau dukung dan canang sehingga  menyebabkan berlaku krisis ekonomi dan mencetuskan Pemberontakan Arab?  Adakah beliau masih mempertahankan Kerajaan Besar, iaitu menggalakkan kerajaan melaksanakan jimat-cermat?  Antara jimat-cermat dengan pertumbuhan, apakah pilihan beliau?

Meskipun Friedman masih mempunyai pengikut setia, termasuk dalam kalangan penggubal dasar, sejak beberapa tahun lalu, orang lebih mengingati John Maynard Keynes, bahkan menggali semula idea beliau tatkala dunia terjebak dalama kemelesetan terburuk sejak Perang Dunia Kedua, atau selepas Kemelesetan Besar. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...