Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Kulit hadapan majalah bukan sahaja mencetuskan kontroversi, seperti yang pernah terjadi pada Time dan Newsweek, tetapi juga mencerminkan kreativiti. Hakikat ini dapat dilihat pada keluaran terbaharu The New Yorker oleh Barry Blitt, tentang dua calon Republikan Mitt Romney dan regunya, Paul Ryan. Pada setiap gambar pada kulit hadapan majalah ini tercermin tentang apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh calon Presiden dan Naib Presiden.
Demikian juga kulit hadapan The Atlantic keluaran September, pertarungan antara Barack Obama dengan Mitt Romney dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012 digambarkan seperti perlawanan tinju. Pembikinan kulit hadapan majalah ini dijelaskan secara terperinci oleh Luke Hayman.
Sesungguhnya, kulit kedua-dua majalah ini sudah cukup menjadi daya tarikan kepada para pembaca untuk mengikuti apakah yang terkandung di dalam majalah berkenaan.
No comments:
Post a Comment