Artikel Popular

Tuesday, August 7, 2012

Mario Draghi Tidak Dapat Menyelamatkan Euro?

SELASA,  7 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pada Februari tahun ini, Fareed Zakaria menulis yang memberikan harapan yang tinggi kepada ketua baru Bank Pusat Eropah (ECB), iatu Mario Draghi.  Sepanjang dua bulan lalu, Draghi meletakkan ECB berfungsi, dan hasilnya menunjukkan kuasa bank pusat dan pentingnya menggunakan bank  itu secara berkesan.  Bagi beliau, Draghi ialah penyelamat Eropah.

Namun, setelah bulan demi bulan berlalu, zon euro terus dilanda krisis, dan Draghi kelihatan bermain dengan retorik, lalu kewibawaan beliau diragui.  Simon Johnson yang menulis dalam Bloomberg, secara terus terang mengatakan bahawa Draghi tidak dapat menyelemat euro. Draghi menurut Johnson, gagal menawarkan tindakan konkrit untuk meredakan dasar  monetari, sama ada merendahkana kadar faedah sasaran bank ataupun dengan membeli lebih banyak bon.

Kawasan euro, tegas Johnson banyak mempunyai masalah, termasuk kurang daya saing di negara pinggir, pertumbuhan lemah yang kronik di negara, seperti Portugal dan Italy, kewangan awam yang rosak dengan teruk di Greece dan Sepanyol, dan tenaga buruh yang tidak cukup bergerak untuk pergi ke tempat-tempat yang mempunyai pekerjaan.  Namun, soal beliau, "mana satu masalah ini dapat diselesaikan dengan mengurangkan kadar kadar faedah di setiap peringkat?"

Draghi dan ECB, tegas Johnson, semakin meningkatkan risiko bahawa kawasan euro akan berkecai.  Senario ini akan buruk untuk banyak orang, dan bukan hanya di Eropah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...