Artikel Popular

Friday, August 24, 2012

Dekad yang Hilang: Keterhakisan Kelas Menengah

JUMAAT, 24 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012 menyaksikan dua peperangan, iaitu perang budaya dan perang kelas, misalnya dari segi ketidaksamaan pendapatan.  

"Daripada Karl Marx kepada Karl Rove, 'perang kelas' dalam politik Amerika," tulis Sarah Brady Siff. Presiden Barack Obama jelas memperlihatkan pendirian dan sokongan beliau terhadap golongan kelas menengah berbanding dengan golongan kaya,  seperti cadangan beliau agar golongan berpendapatan sederhana, iaitu kurang daripada AS$250,000 terus menikmati pelepasan cukai, manakala golongan kaya dikenakan cukai.  Sementara  lawannya, Mitt Romney yang mengiystiharkan perang kelas terhadap Amerika.  Cadangan pelepasan cukai yang dikemukakan oleh Obama, diulas secara terperinci oleh Robert Reich bahawa bukannya perang kelas kerana pelepasan itu sebenarnya melibatkan golongan kaya.

Balik kepada golongan kelas menengah di Amerika Syarikat yang sering mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini kerana golongan tersebut semakin merosot.  Yang  terbaharu, laporan  Pew Research Center yang menunjukkan kelas menengah di negara itu  terhakis sejak berdekad-dekad  lalu, terutamanya dekad terkini,  akibat kejatuhan kekayaan dan pendapatan mereka.   Laporan "dekad yang hilang " itu  turut dipetik dan/atau diulas,, antaranya oleh The Huffington Post, Los Angeles Times, Slate,   carta harian The Economist, The Atlantic, dan CNBC.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...