Artikel Popular

Wednesday, August 8, 2012

Genap Lima Tahun Krisis Kewangan

KHAMIS, 9 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Cepatnya masa berlalu.  Hari ini, 9 Ogos, genap lima tahun krisis kewangan yang masih belum nampak keredaannya, dengan pelbagai pengalaman  yang terpaksa ditempuhi oleh orang kebanyakan.  Sementara zon euro terus dilanda krisis, manakala United Kingdom dijangkakan mencatatkan pertumbuhan sifar pada tahun ini.  Di Eropah, kemelesetan lebih buruk daripada yang dijangkakan, manakala ekonomi Asia dikhuatiri  hilang keajaibannya.  "Tidak ada lagi keajaiban pertumbuhan," tegas Dani Rodrick, "baik dunia membangun mahupun negara maju."

Luluh kredit dikatakan membengkak  beberapa tahun sebelumnya, tetapi 9 Ogos 2007, ialah hari dunia sedar akan krisis yang menghantui, yang dicetuksna oleh pertambahan  pinjaman subprima di Amerika Syarikat.

Sempena ulang tahun kelima itu, The Guardian, melalui tiga ahli panelnya, iaitu Larry Elliott, Jill Treanor, dan Graeme Wearden,  menyediakan ruang soal-jawab daripada orang ramai tentang krisis kewangan itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...