Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Setelah 19 tahun berunding, Rusia akhirnya diterima untuk menganggotai Organisasi Perdagangan Sedunia (WTO) tatkala zon euro masih dilanda krisis, manakala Greece terus menayangkan dramanya sehingga mencetuskan keberangan Canselor Angela Merkel dan Presiden Francois Hollande.
Sementara itu, setelah disemak semula, ekonomi United Kingdom, dilaporkan menguncup 0.5 peratus daripada 0.7 peratus dalam suku kedua tahun 2012, tetapi masih terjebak dalam kemelesetan curam berganda.
Amerika Syarikat pula, diancam oleh kemelesetan pada tahun hadapan seandainya Kongres tidak melakukan sesuatu mulai sekarang; demikian menurut laporan Pejabat Belanjawan Kongres (CBO). Sementara jurang ketidaksamaan pendapatan, seperti yang dibahaskan oleh Timothy Noah dalam The New Republic, semakin meluas. Ketika tahun pertama pemulihan daripada kemelesetan tahun 2007 - 2009, pendapatan golongan satu peratus teratas berkembang sebanyak 11.6 peratus, manakala pendapatan golongan 99 peratus terbawah, hanya berkembang 0.2 peratus.
China yang selama ini mencatatkan pertumbuhan yang pesat, menurut The Economist, mula perlahan, yang pastinya turut menjejaskan negara lain, seperti Taiwan, Korea Selatan, Australia, Brazil, Jepun, dan bahkan Jerman.
No comments:
Post a Comment