Artikel Popular

Thursday, August 2, 2012

Keistimewaan Bola Tampar Pantai

KHAMIS, 2 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Bagi sesetengah orang, mungkin bagi lelaki terutamanya,    bola tampar pantai mempunyai keistimewaannya: sambil menonton cuci mata. Lagipun, sukan ini melibatkan wanita  yang tinggi dan kurus dalam pakaian mandi yang ketat dan terlalu terdedah yang menyebabkan bertambah galak mata memandang.

Namun, Eleanor Barkhorn yang menulis dalam The Atlantic, menegaskan bahawa bola tampar pantai ini mempunyai beberapa keistimewaan yang patut dimanfaatkan oleh kaum wanita sendiri, dan mereka tidak sepatutnya diperbodohkan oleh pakaian yang seksi itu.

Sukan ini, menurut Eleanor menjadi daya tarikan adalah hakikatnya bahawa pasukan bola tampar wanita Amerika veteran.  Kerri Walsh dan Misty May-Treanor memenangi pingat emas dalam dua Sukan Olimpik yang lalu, dan mereka tidak pernah kalah dalam set, apatah lagi dalam perlawanan sukan itu. Mereka meneruskan prestasi cemerlang dalam Sukan Olimpik tahun 2012.

"Walsh dan May-Treanor dalam bentuk fantastik,  tetapi hujah Eleanor, "sukan ini lebih daripada tentang atletiksisme, iaitu melibatkan strategi dan kerja berpasukan yang Walsh dan May-Treanor kuasai."

Berbanding dalam gimnastik dan renang, pemain bola tampar lebih tua usia mereka.   "Wanita boleh cemerlang dalam bola tampar pantai melepasi zaman remaja mereka dan awal 20-an.  Walsh berusia 33 tahun, dan May-Treanor masuk 35 tahun minggu ini.  Pasukan Brazil yang menduduki tempat tertinggi terdiri daripada pemain berusi 29 tahun dan 30 tahun."  Pendek kata, meskipun tua dari segi relatifnya, mereka tetap bersemangat dan cemerlang.

Kejayaan kedua-dua pemain wanita itu, jelas Eleanor menyerlahkan keseimbangan unik antara  rendah hati dengan keyakinan. 

Justeru, selamat menonton bola tampar pantai wanita kerana banyak yang dapat dipelajari, sekurang-kurangnya tentang kegigihan dan kecekalan; tentang disiplin dan kerja berpasukan.  Usia bukan penghalang! 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...