Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Bagi sesiapa yang mengikuti kenyataan bakal calon Presiden Amerika Syarikat, Mitt Romney tentang keselamatan Israel, ketika beliau melawat negara itu baru-baru ini, pastinya mereka dapat merumuskan bahawa adalah dengan sokongan Amerika Syarikat, Israel serang Iran. Walaupun pelbagai pihak di Israel tidak bersetuju negara itu bertindak menyerang Iran, Romney demi kepentingan politiknya, mengapi-apikan Israel supaya mengambil tindakan terlebih dahulu. Beliau mengisytiharkan pendiriannya untuk "sehidup semati" dengan Israel berhubung dengan ancaman nuklear Iran.
Sepintas lalu, Romney nampaknya bijak untuk mengambil kesempatan daripada fantasi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa Iran benar-benar mengancam Israel, meskipun menurut Immanuel Wallerstein bahawa tidak ada sesiapa pun yang bertanggungjawab di Israel, di Amerika Syarikat, dan di mana-mana sahaja mempercayainya. Romney memperlihatkan kesediaan beliau jika dipilih sebagai Presiden, untuk memenuhi impian Bibi untuk menyerang Iran dengan alasan sekatan yang dilakukan terhadap negara itu adalah gagal sama sekali.
Selain China yang menjadi sasaran setiap kali Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat diadakan, Iran nampaknya dimasukkan dalam kem yang sama semata-mata untuk meraih undi Yahudi. Bahkan, Presiden Barack Obama, seperti yang diperhatikan oleh Robert Wright dalam Atlantic, "bergerak perlahan-lahan ke arah peperangan dengan Iran." Justeru, jangan terperanjat dalam tempoh dari sekarang hingga menjelang pilihan raya, Obama mengambil keputusan menyerang Iran sekiranya kedudukannya untuk kekal di Rumah Putih tidak kukuh.
Tambahan pula, seperti yang pernah dinyatakan oleh Presiden Shimon Peres, "hanya Amerika dapat mengurus situasi Iran" - suatu pernyataan yang penuh makna bahawa "segala-galanya terletak dalam tangan Amerika atau secara lebih khusus Pentadbiran Obama.
Keselamatan Israel kini terjamin akibat tercetusnya Pemberontakan Arab, seperti yang dihujahkan oleh Michael Koplow dalam The National Interest. Negara Arab yang terjebak dalam satu demi satu pemberontakan dan tambahan ekonomi yang lemah, mustahil mampu mengancam Israel. Sementara rakyat Arab pula menumpukan tenaga dan usaha untuk menggulingkan rejim autokrat mereka. Kemenangan beberapa pemimpin atau parti Islamis dalam beberapa pilihan raya, seperti di Tunisia, Maghribi, dan Mesir bukannya bererti wujud ancaman terhadap Israel.
Justeru, satu-satunya musuh yang direka dan digembargemburkan ialah Iran dengan program senjata nuklearnya.

No comments:
Post a Comment