Artikel Popular

Thursday, August 2, 2012

Kais Pagi Makan Pagi

KHAMIS, 2 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kemiskinan di Amerika Syarikat, seperti yang dilaporkan mencecah pada kadar tertinggi sejak tahun 1960-an.  Kadar kemiskinan di negara itu dijangkakan meningkat daripada 15.1 peratus pada tahun 2010 kepada 15.7 peratus pada tahun 2011.  Sementara itu, ketidaksetaraan, seperti yang dibahaskan oleh William Julius Wilson dalam The Nation, sejak tahun 1980-an, tidak seperti antara tahun 1947 hingga 1970 apabila setiap kumpulan menikmati kemajuan ekonomi.

Derek Thompson yang menulis dalam The Atlantic, mengetengahkan graf yang menyedihkan tentang rakyat Amerika, iaitu berapa banyak lagi wang yang tinggal untuk membeli  keperluan.  Bagi yang berpendapatan AS$16,000 setahun, lebih separuh pendapatan digunakan untuk perumahan dan utiliti.  Akan tetapi, bagi mereka yang menghasilkan AS$160,000 setahun, mereka masih berbaki hampir dua pertiga pendapatan boleh guna selepas membayar bil bulanan.

Thompson memetik graf Planet Money tentang bagaimana keluarga Amerika membelanjakan pendapatan mereka.  Tidak memeranjatkan bahawa orang miskin membelanjakan wang mereka untuk keperluan mereka berbanding dengan orang kaya.


Selepas membelanjakan untuk keperluan, seperti perumahan, pengangkutan (termasuk gas), makanan, utiliti, dan pakaian, golongan miskin hanya berbaki 15 peratus pendapatan boleh guna mereka. 


Sesungguhnya, di negara kaya juga wujud sebilangan besar golongan orang miskin yang boleh dikatakan hidup "kais pagi makan pagi."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...