Artikel Popular

Friday, August 24, 2012

Wanita yang Sangat Berkuasa di Dunia

JUMAAT, 24 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sekali lagi, Forbes menyenaraikan 100 orang wanita yang sangat berkuasa di dunia pada tahun 2012,  dengan Canselor Jerman, Angela Merkel menduduki senarai teratas, diikuti oleh Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika, dan Dilma Rousseff, Presiden Brazil.

Turut tersenarai dalam kalangan 10 orang teratas yang dikuasai oleh kategori politik, ialah Melinda Gates, Jill  Abramson, Sonia Ghandi, Michelle Obama, Christine Lagarde, Janet Napolitano, dan Sheryl Sandberg. 

Daripada kumpulan awalan lebih 200 orang calon dari seluruh di dunia, seperti yang dijelaskan oleh Caroline Howard, "kami memilih 100 orang wanit yang sangat berkuasa di dunia daripada tujuh kategori atau asas kuasa, iaitu hartawan, perniagaan, gaya hidup (termasuk hiburan dan fesyen), media,  tidak bermatlamat keuntungan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), politik, dan teknologi."

Turut tersenarai ialah selebriti terkenal, iaitu Oprah Winfrey dan  Lady Gaga, manakala yang lain, termasuk Beyonce, Jennifer Lopez, Shakira, Ellen DeGeneres, Angelina Jolie, Sofia Vergara, JK Rowling, dan Gisele Bundchen.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...