Artikel Popular

Monday, August 6, 2012

"Marilyn dan Saya"

ISNIN, 6 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Bersempena 50 tahun kematian Marilyn Monroe, yang masih menjadi misteri, The Daily Beast menerbitkan tulisan Lawrence Schiller,  yang diubah suai  daripada memoirnya, Marilyn and Me. Schiller, wartawan foto, mengingati apakah ikon itu, yang meninggal dunia pada 5 Ogos, 50 tahun lalu, memberikan makna kepada beliau dan berkongsi memorinya tentang seniwati itu. 

"Sebagai jurufoto," tulis Schiller, "saya selalu berfikir tentang diri saya untuk membina hubungan dengan subjek saya, tetapi saya tidak pernah menjangkakan membina hubungan dengan Marilyn."  Meskipun Marilyn mempunyai banyak pengasuh dan pembantu, termasuk doktor,  jelas Schiller, "dia hidup dalam kesepian."

Bagi Schiller, beliau tidak pernah mempunyai keinginan untuk mewawancara Marilyn, maka perbualan mereka berkembang secara semula jadi, selalunya bermula dengan kamera dan fotograf.  "Saya bukannya penulis ketika itu, saya tidak pulang ke rumah dan mencatatkan dalam diari apa yang kami bincangkan.  Ada kalanya saya memberitahu isteri saya tentang perkara yang Marilyn kata, dan perkara lain yang dia  kata hanya kekal dalam memori saya.  Oleh sebab legendanya berkembang selepas kematiannya, saya fikirkan tentang dia, dan saya selalunya memiliki hal itu dalam minda saya yang saya ingin garapkan semula."

Marilyn, menurut Schiller berkahwin sebanyak tiga kali, termasuk dengan Arthur Miller, tidak kurang teman lelaki, antaranya pelakon terkenal, seperti Marlon Brando, Frank Sinantra, Yves Montand, dan  Tony Curtis, yang berseronok-seronok dengan dia,  dan ahli politik, seperti Joseph Schenck, Elia Kazan, Jack dan Booby  Kennedy, yang mungkin mengeksploitasi dia. 

Pastinya, banyak spekulasi tentang kematiannya, tulis Schiller.  "Adakah dia membunuh diri? Adakah kerana terlebih dos? Adakah dia dibunuh atas arahan daripada salah seorang adik beradik Kennedy?  Dibunuh oleh Geng?"

Selain itu, ada 50 fakta tentang Marilyn Monroe yang orang tidak ketahui, seperti yang didedahkan oleh examiner.com.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...