Artikel Popular

Wednesday, August 1, 2012

Pertandingan YouTube

RABU, 1 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Selepas meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Turus di Rumah Putih,  untuk memikul tanggungjawab baru, iaitu sebagai Pengurus Kempen Barack Obama, Jim Messina, seperti yang diliputkan dalam BloombergBusinessweek, "sangkut" di Apple, Facebook, Zynga, Google, Microsoft, Salesforce, dan Dreamworks.  Tujuannya adalah untuk menimba pengalaman tentang pertumbuhan organisasi, teknologi yang sedang muncul, dan pemasaran. Pastinya, beliau ingin menggunakan dan memanfaatkan media sosial sebaik mungkin dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012.

Setakat ini, kempen kedua-dua belah pihak begitu agresif menggunakan iklan, khususnya untuk menyerang lawan dan mempertahankan diri. Selain itu, calon yang bertanding, iaitu Barack Obama dan Mitt Romney menerusi kempen masing-masing menggunakan media sosial, antaranya Twitter dan YouTube. 

Brian Havig yang menulis dalam Forbes, cuba menganalisis pertandingan antara Obama dengan Romney, pertama dalam menggunakan Twitter, yang keputusannya, menurut beliau, terikat.  Namun, Twitter Romney mencetuskan kontroversi, seperti yang dibahaskan dalam The Atlantic.


Kemudian, yang terbaharu, Havig menulis pertandingan antara penjawat kini dengan pencabar dalam menggunakan YouTube.  Pemenangnya, menurut beliau,  ialah pasukan Obama.  

Yang tidak kurang menarik, seperti yang dinyatakan oleh Havig, YouTube Obama disokong oleh 15 orang selebriti, antaranya  Eva Longoria, Beyonce, Sarah Jessica Parker, Josh Harnett, Nia Long, Kerry Washington, dan Marc Anthony.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...