Artikel Popular

Tuesday, August 7, 2012

Pilihan antara Pintar Buku dengan Pintar Jalanan

SELASA, 7 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kempen Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012 yang semakin rancak, dengan  serang menyerang antara kedua-dua belah pihak semakin keras,  bukan sahaja melibatkan isu ekonomi dan dasar luar, tetapi juga perkahwinan sejenis.  Selain itu, kedua-dua belah pihak, sibuk dengan pengumpulan dana untuk digunakan sepanjang kempen tahun ini. 

Namun, yang tidak kurang menarik ialah tinjauan pendapat demi tinjauan pendapat yang dikeluarkan untuk menunjukkan siapa mendahului siapa: Barack Obama atau Mitt Romney? Yang terbaharu kajian politik Slate/SurveyMonkey, yang mengemukakan soalan kepada  1000 orang pengundi berdaftar. 

Dalam kajian sebelum ini,  mendapati 30 peratus pengundi "sangat tidak bersetuju" dengan usaha Obama sebagai Presiden, tetapi mereka masih memberikan kepercayaan kepada beliau berbanding dengan Romney.  Mereka kelihatan tidak gembira dengan ekonomi dengan bilangan pekerjaan yang sedikit, tetapi Romney gagal untuk berhubung dengan para pengundi yang kelihatan memberikan kelebihan kepada Obama.

Dalam kajian terbaharu itu, juga melibatkan 1000 pengundi berdaftar, 55 peratus beranggapan Amerika Syarikat menuju ke arah yang salah, tetapi mereka masih memberikan kepercayaan kepada Obama berbanding dengan Romney.  Mereka masih menganggap kehidupan mereka lebih baik di bawah pimpinan Obama (27.5 peratus meningkat daripada 26.1 peratus bulan Jun))  berbanding dengan Romney (22 peratus). Selain itu, kajian tersebut menunjukkan Romney menghadapi defisit kejujuran. 

Obama memperoleh 25.0 peratus pintar buku dan 8.8 peratus pintar jalanan; tetapi 44.1 peratus mengatakan beliau pintar kedua-duanya. Sementara Romney memperoleh 40.9 peratus pintar buku dan 7.9 peratus pintar jalanan, tetapi hanya 19.1 peratus untuk kedua-duanya. Keputusan ini menunjukkan bahawa responden mungkin melihat Obama sebagai individu yang lengkap berbanding dengan lawannya, Romney. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...