Artikel Popular

Friday, August 24, 2012

Persengketaan yang Terlepas Pandang

JUMAAT, 24 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kira-kira sebulan lalu, CNN melaporkan persengketaan kaum yang tercetus di Assam, India, yang mengorbankan 32 nyawa dan dianggarkan 150,000 orang terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka, demi mengelakkan daripada keganasan.  Ketegangan yang berpanjangan berlaku antara golongan majoriti, puak Bodo  dengan orang Islam migran yang merupakan golongan minoriti.

Walau bagaimanapun, persengketaaan ini tidak mendapat perhatian, terutamanya umat Islam, termasuk di Malaysia, jika dibandingkan dengan keganasan  terhadap kaum Rohingya di Myanmar.  Dalam persengketaan itu dilaporkan sami Buddha turut terlibat, manakala pemimpin demokrasi Aung Sam Suu Kyi hanya berdiam diri.

Dalam persengketaan di Assam itu,  India yang menyalahkan Pakistan yang mengapi-apikan persengketaan, kerajaan India  juga baru-baru ini  bertindak terhadap laman Web dan media sosial

Dan, negara demokrasi terbesar di dunia sekali lagi, menyaksikan pogrom dan keganasan kaum, tulis Ishaan Tharoor.  Persengketaan yang sama berlaku berdekad-dekad; bagi sesetengah orang Islam di Assam, seluruh generasi hidup di khemah pelarian.  Kaum Bodo dan kumpulan lain di wilayah itu, di samping parti pembangkang terbesar, BJP, nasionalis Hindu di India, menyalahkan penghijrahan orang Islam Bengali dari Bangladesh. "Akan tetapi, seperti orang Islam yang bertutur dalam bahasa Bengali yang diseksa di Myanmar," tegas Tharoor, "banyak orang Islam ini tahu tidak ada tempat, selain Assam dan India."



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...