Artikel Popular

Friday, August 24, 2012

Bagaimana "The Economist" Menghasilkan Keuntungan?

JUMAAT, 24 Ogos 2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH




Dunia persuratkhabaran dan permajalahan, terutamanya sejak tahun 2008, ketika berlakunya krisis kewangan global, dikatakan berada di persimpangan.  Lebih-lebih lagi, wujudnya persaingan digital menyebabkan penerbitan akhbar dan majalah semakin sukar, meskipun kertas tidak menunjukkan tanda untuk lenyap.

Namun, The Economist, menurut Garrett Goodman, berdasarkan laporan tahunan,   menghasilkan keuntungan. Acara editorial dinyatakan oleh beberapa pengarah urusan, sebagai bahagian penting strategi penerbitan.

Majalah itu giat menganjurkan persidangan melalui unit perniagaan yang mempunyai stafnya yang tersendiri, tidak bergantung pada majalah. Menurut laporan tahunan 2012, seperti yang dipetik oleh Goodman, acara yang dianjurkan itu semakin mendapat sambutan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...