Artikel Popular

Tuesday, August 14, 2012

Carta Perceraian Hartawan

SELASA, 14 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




George Soros, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, The Telegraph,  The Huffington Post, Forbes,  dan  Bloomberg menyambut hari kelahiranya ke-82 dengan bertunang dengan Tamiko Bolton yang jauh lebih muda daripada beliau. Soros yang dua kali menduda, kali ini memilih janda yang juga usahawan yoga, yang berusia 40 tahun sebagai idaman hatinya.

Berikutan pengumuman Soros itu, Bruce Upbin yang menulis dalam Forbes, memperkatakan carta perceraian hartawan yang dikemaskinikan daripada tulisan asal kira-kira dua tahun lalu. Tersenarai dalam carta itu, selain Soros,  ialah Ted Turner yang pernah berkahwin dengan Jane Fonda, Ronald Perelman yang berkahwin empat kali, Edgar M.  Bronfman Sr. yang berkahwin empat kali dan bercerai tiga kali, Boone Pickens yang berkahwin empat kali, dan Larry Ellison yang juga empat kali.

Bagaimana orang kaya-raya di negara kita? Bagi orang Melayu yang agak kaya sedikit, yang sering kita dengar, mereka gemar memburu artis sebagai pasangan mereka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...