Artikel Popular

Wednesday, August 1, 2012

Memaksa Senyum Mengurangkan Stres

RABU, 1 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Senyum ada bermacam-macam: senyum sinis, senyum sumbing, senyum kambing, senum paksa. Ada orang berpesan supaya kita tidak kedekut mengukir senyum, maksudnya senyum sokmo, dan dikatakan juga bahawa senyum itu banyak manfaatnya kepada orang yang empunya diri.

Juga jangan kedekut untuk senyum paksa kerana seperti yang dibahaskan oleh Lindsay Abrams dalam The Atlantic, memaksa senyum benar-benar mengurangkan stres. Justeru, jadikan senyum sebagai amalan hidup anda demi mengelakkan stres. "Kegembiraan membuatkan kita senyum," tulis Lindsay, "tetapi, dapatkah senyuman membuatkan kita gembira?"  Berdasarkan kajian yang membabitkan 169 orang responden, maka jawapannya, "ya."

Maka, beliau menegaskan apabila kita berasa stres atau menggelabah, bahkan senyum paksa benar-benar dapat mengurangkan stres kita dan menjadikan kita gembira.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...