Artikel Popular

Wednesday, August 8, 2012

Sokongan Bintang Lucah

RABU, 8 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Penglibatan bintang terkenal dalam politik bukan sesuatu yang luar biasa.  Kita dapat menyaksikannya dari Hollywood ke Bollywood, para pelakon bergiat cergas dalam politik, daripada Presiden kepada Ketua Menteri kepada wakil rakyat. Di negara kita, sejak akhir-akhirnya sebilangan artis menceburi dunia politik; sesetengah-sesetengahnya  masih pada  puncak zaman, masih  glamor, sesetengahnya pula sudah ditelan zaman, sekadar menjadi bahan humor.

Dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012, kedua-dua calon, iaitu Presiden Barack Obama dan Mitt Romney mendapat sokongan selebriti.   Barack Obama kelihatan dikelilingi oleh selebriti terkenal, terutamanya untuk majlis pengumpulan dana.  Selebriti, seperti George Clooney dan Sarah Jessica Parker merupakan penyokong kuat beliau, dan yang terbaharu ialah Eva Longoria. Morgan Freeman dilaporkan menderma AS$1 juta kepada super PAC pro-Obama, iaitu Priorities USA Action.

Sementara Romney baru-baru ini mendapat sokongan Clint Eastwood dan bekas bintang lucah, Jenna Jameson, "apabila anda kaya, anda mahu Republikan menjadi Presiden."  Jenna sebelum ini, menyokong Demokrat, kini beralih angin.

Richard Abowtiz yang menulis dalam The Daily Beast, menyenaraikan lapan orang bintang lucah yhang menyokong calon Presiden.  "Selepas Jenna menyokong Mitt Romney minggu lalu," tulis Abowitz, "calon Republikan  itu mungkin  fikir bahawa beliau dikelilingi undi lucah." 

Walau bagaimanapun, Abowitz mengingatkan bahawa Romney silap kerana banyak lagi bintang yang menyokong Obama dan Demokratik: Kayden Kross, Kimberly Kane, Kristina Rose, Sarah Shevon, Jessica Drake, Joanna Angel, Dana DeArmond, dan Penny Pax.

Jelas bahawa dari segi sokongan selebriti dan bintang lucah, Barack Obama mendahului Mitt Romney.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...