Artikel Popular

Saturday, August 4, 2012

Bank Pusat Tidak Dapat Menyelamatkan Dunia

SABTU, 4 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Hampir 30 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global atau AS$18 trilion, menurut The Guardian, dipegang oleh bank pusat selepas membeli bon kerajaan dan menyalirkan kecairan ke dalam sistem kewangan untuk meredakan krisis semasa.  Memetik laporan terbaharu Bank for International Settlements (BIS), jumlah ini berlipat ganda jika dibandingkan dengan  10 tahun lalu. 

Melihat besarnya jumlah pemegangan itu, pastinya bank pusat mampu menyelamatkan ekonomi di negara masing-masing,  kalaupun tidak dunia. Namun, hakikatnya tidak semudah itu, seperti yang dibahaskan oleh Mohamed el-Erian dalam Bloomberg bahawa bank pusat tidak dapat menyelamatkan dunia.  Beliau merujuk tiga bank pusat, iaitu Bank  England, Bank Pusat Eropah (ECB), dan Rizab Persekutuan yang mengakui langkah rangsangan tambahan perlu, meskipun ketiga-tiga bank itu gagal menyatakannya secara khusus.

Tidak seperti ketika krisis kewangan tahun 2008 dan 2009, hujah el-Erian, bank pusat tidak boleh lagi menjadi penyelamat sekarang untuk ekonomi global yang kepayahan.  Beliau mengagak ketiga-tiga bank tersebut bertindak sedemikian kerana mahu mendesak para penggubal dasar yang lain yang tidak menunjukkan perlunya bertindak segera.  Para banker juga sedar bahawa alat dasar mereka semakin kurang berkesan.


Tambahan:  Berita terbaharu, ECB dilaporkan menyelamatkan Greece daripada jatuh muflis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...