Artikel Popular

Wednesday, August 15, 2012

Bunuh Diri Akibat Kemelesetan

RABU,  15 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dalam blog ini pernah dibangkitkan  bunuh diri yang berlaku dalam kalangan masyarakat  di Greece dan Italy,  akibat krisis ekonomi. Gejala ini nampaknya tidak tertumpu di negara  zon euro semata-mata, tetapi kini merebak ke United Kingdom.

Seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, lebih 1000 orang di negara itu membunuh diri akibat kesan kemelesetan ekonomi.  Bunuh diri cenderung untuk meningkat ketika ekonomi sukar, dan wujud bukti bilangan ini meningkat di Greece dan baru-baru ini di Italy kerana orang ramai hilang pekerjaan mereka dan terpaksa bersusah payah untuk menampung diri mereka dan keluarga mereka.  Pola yang sama kelihatan di Britain, menurut British Medical Journal.

(Kemas kini pada 15 Ogos 2012, pukul 10.30 malam)

Peningkatan bunuh diri di United Kingdom turut menjadi liputan  The Huffington Post yang antaranya memetik kajian jurnal perubatan itu, bahawa antara tahun 2008 hingga 2010, berlaku lebih 846 bunuh diri dalam kalangan lelaki di England, dan 155 dalam kalangan wanita.  Antara tahun 2000 hingga 2010, setiap peningkatan 10 peratus tahunan dari segi bilangan orang yang menganggur ada kaitannya dengan peningkatan 1.4 peratus dalam bilangan lelaki yang bunuh diri. 

Dalam kalangan negara Eropah, Greece selama ini mencatatkan kadar bunuh diri paling rendah, tetapi krisis ekonomi menyebabkan negara itu dilanda gelombang kejutan bunuh diri, menurut Spiegel Online International.  Kadar orang yang bunuh diri dilaporkan meningkat daripada 2.8 orang untuk setiap 100,000 orang pada tahun 2010 kepada hampir lima untuk setiap 100,000 orang pada tahun 2011.

Sementara itu, The Washington Post juga melaporkan "bunuh diri ekonomi" menggegarkan Eropah krisis kewangan memberikan kesan terhadap kesihatan mental. Trend menaik dari segi bunuh diri bermula pada tahun 2008, apabila zon euro terjebak dalam kemelesetan.  Kajian pada tahun lalu mendapati bunuh diri meningkat dari tahun 2007 ke 2009 di sembilan negara daripada 10 buah negara yang dikaji.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...