Artikel Popular

Friday, August 3, 2012

Sains Politik Sains Sebenar?

JUMAAT, 3 Ogos 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Melalui tulisan M.D., The Economist mengemukakan persoalan yang mungkin diteliti, iaitu adakah sains politik ialah sains sebenar?  Kritikan mempersoalkannya dengan alasan kegagalan profesion untuk ujian asid sains sebenar: keupayaan meramalkan peristiwa.  M.D. memetik Jacqueline Steven yang menulis dalam Sunday Review bahawa ahli sains politik merupakan peramal yang teruk.

Meskipun banyak ahli sains politik terlibat dalam meramalkan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, keputusannya bercampur-campur, hanya sebilangan yang dapat membuat ramalan yang hampir tepat.  Pilihan Raya Presiden tahun 2008 merupakan tahun baik untuk industri ramalan, dengan semua model ramalan, menjangkakan kemenangan Barack Obama.

Walau bagaimanapun, M.D. masih keberatan untuk mengatakan sains politik layak dianggap sebagai sains sehingga kemunculan  ramalan "Time for Change"  yang diperkenalkan oleh Alan Abramowitz, untuk pilihan raya tahun ini.  Abramowitz, ahli sains politik di Emory University, mengemukakan beberapa unjuran pilihan raya yang berbeza berasaskan kemungkinan julat angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)


Abramowitz, menurut M.D. membuat ramalan sebelum KDNK suku kedua Amerika Syarikat diumumkan, maka beliau pertumbuhan kDNK tidak melebihi dua peratus.  Dengan kadar pertumbuhan itu, maka model Abramowitz meramalkan bahawa Presiden Obama akan menang kurang daripada 51 peratus undi popular pada November ini.

Ramalan Aramowitz bergantung pada tiga pemboleh ubah, iaitu penarafan sokongan bersih yang penjawat kini Presiden pada akhir Jun, perubahan kDNK sebenar daam suku kedua tahun pilihan raya, dan sama ada penjawat kini, iaitu Obama bertanding semula untuk tahun 2012, iaitu sokongan daripada para pengundi yang beliau terima. Namun, untuk tahun ini, beliau memasukkan  pemboleh ubah yang beliau labelkan "polarisasi."

Pada akhir tulisannya itu, berdasarkan model yang diperkenalkan oleh Aramowitz, maka M.D. yakin bahawa sains politik ialah sains.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...