Artikel Popular

Sunday, September 30, 2012

Bagaimana Keluarga Negara BRIC dan Islam Berbelanja

AHAD, 30 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Melalui kolumnya dalam The Atlantic, Derek Thompson menunjukkan bagaimana keluarga berbelanja  di Brazil, Rusia, China, India, Mesir, Turki, Indonesia, dan Arab Saudi.  Selain negara BRIC (Brazil, Rusia, India, dan China), Thompson memberikan tumpuan terhadap empat buah negara Islam, memetik kajian pengguna dalam ekonomi sedang muncul yang dijalankan oleh Credit Suisse, yang melibatkan beribu-ribu responden di seluruh lapan buah negara itu. 

Sementara keluarga Amerika tipikal membelanjakan separuh pendapatan mereka untuk perumahan dan pengangkutan, Thompson cuba bandingkan, keluarga tipikal Mesir berbelanja separuh pendapatan mereka untuk makanan (lebih 45 peratus pendapatan).  Negara lain yang keluarga berbelanja tinggi untuk makanan, ialah Indonesia (lebih 35 peratus pendapatan),   Rusia (35 peratus), Turki  (25 peratus pendapatan), dan  Arab Saudi dan India (lebih 20 peratus pendapatan). Brazil yang terendah, iaitu 15 peratus pendapatan.



Penulisan: Kata dan Idea

AHAD, 30 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Beberapa hari lalu, rakan Facebook, Nakamura Azmi  bertanya kepada saya mengapa tulisan saya dalam blog saya berbeza dengan tulisan saya  sebagai kolumnis  Dewan Masyarakat.  Saya menjelaskan bahawa saya bukan kolumnis majalah itu, sebaliknya saya hanya sebagai penyumbang.  Daripada soalan  yang dikemukakan oleh Azmi dan penjelasan yang saya berikan, kami berpindah kepada perbincangan tentang peningkatan mutu penulisan.

Dalam perbincangan itu, Azmi menyentuh majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka itu yang bagi beliau kelihatan rigid, lalu beliau mencadangkan perlu mendapatkan nasihat perunding media. 

Kepada Azmi, saya mengakui bahawa dalam bidang penulisan, baik buku mahupun majalah/jurnal, kita jauh ketinggalan. Bukan saya ingin  puji Time, Newsweek, The Economist, dan akhbar di United Kingdom dan Amerika Syarikat,  tetapi hakikatnya memang terlalu jauh berbeza. Demikian juga ulasan buku, terutamanya dalam The New York Review of Books, London Review of Books, dan beberapa majalah Inggeris, memang hebat. Satu lagi, tambah saya,  majalah dan akhbar bahasa Inggeris memang kreatif, tajuk memang menarik, juga gambar dan tulisan. Kadang-kadang  tajuk filem/novel dijadikan tajuk tulisan, mungkin dengan sedikit ubah suai.

Walau agak lama juga saya menulis dalam majalah, saya hingga kini masih tidak jemu-jemu belajar untuk menambahbaikkan penulisan saya, termasuk ulasan buku. Sesungguhnya, dalam hal ini, Internet banyak membantu saya untuk menimba ilmu itu.

Tiga hari lalu, Arthur Applebee, menulis dalam The Atlantic bahawa penulisan yang hebat bukan sekadar bahasa, tetapi juga tentang idea.  Bagi Profesor Pendidikan ini, "penulisan yang hebat datangnya daripada idea yang hebat," seakan-akan mengingatkan saya pesanan bahawa "penulisan yang jelas datangnya daripada pemikiran yang jelas." Beliau seterusnya berpesan, "para perlu menguasai bahasa tulisan,  tetapi meraka juga perlu memperkaya topik yang ingin mereka tuliskan itu."

Sesungguhnya, Applebee mengemukakan idea yang baik lagi menarik untuk menghasilkan sebuah tulisan yang bermutu.


  

Pakaian Pengantin Perempuan yang Tidak Sesuai

AHAD,  30 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH


Setiap pengantin perempuan, menurut The Huffington Post, ingin memakai pakaian pengantin yang menunjukkan gayanya dan menjadikan dirinya kelihatan tidak terperi. 

Sesetengah pengantin perempuan hanya tidak tahu bahawa gaya mereka mungkin menyebabkan para tetamu berasa tidak selesa, terutamanya apabila mereka "dapat melihat 'jauh ke dalam'  berbanding dengan pakaian itu." Dalam maksud lain, pengantin berkenaan berpakaian terlalu seksi sehingga menjolok mata.

Walau bagaimanapun, pakaian pengantin yang diketengahkan oleh akhbar Internet itu, pastinya bukan amalan budaya kita, terutamanya budaya Melayu.

Saturday, September 29, 2012

Bloomberg: Wabak "Buang Anak" di Malaysia

SABTU, 29 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Gejala buang anak semakin yang berleluasa di Malaysia  mula mendapat perhatian media antarabangsa, seperti tulisan Adam Minter dalam Bloomberg.  Tulisan ini menduduki tempat ketiga dalam senarai paling popular, iaitu  selepas "Politico's Paul Ryan Satire" yang mendahului senarai, dan "Mitt Romney:  This Year's Michael Dukakis"  menduduki tempat kedua.


Adakah Bersetubuh 300 Kali Setahun Tidak Realistik?

SABTU, 29 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Silvio "Bunga Bunga" Berlusconi, seperti yang dilaporkan oleh The Telegraph  berbangga kerana bersetubuh dengan lapan orang pelacur dalam satu malam.  Kehidupan seks bekas Perdana Menteri Italy itu yang memang hebat, pernah didedahkan dalam WikiLeaks.

Kisah seks Berlusconi sudah menjadi pengetahuan umum, yang menggambarkan bahawa memang "kaki perempuan," tetapi tidak dapat dipastikan, sama ada beliau melakukannya setiap malam.  Menurut kajian, rakyat mengadakan hubungan seks 151 kali setahun atau 2.9 kali seminggu.

Marcy Miller pernah mendedahkan bahawa teman lelakinya, Fred berusia 60 tahun memberitahunya bahawa dia gemar bersetubuh, dan  bahawa apabila dalam hubungan, dia menjangkakan dapat bersetubuh 300 kali setahun.  Berikutan pendedahan itu, The Huffington Post, mengemukakan pertanyaan: Adakah bersetubuh 300 kali setahun tidak realistik?



Ikan Jantan Ada Kemaluan Empat Cangkuk

SABTU, 29 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Jangan terkejut dan ini bukan cerita rekaan untuk tujuan sensasi. Sebaliknya, adalah kisah benar tentang ikan air tawar Ilanos mosquitofish atau Gambusia quadruncus, yang dinyatakan dalam Journal of Fish Biology oleh pasukan yang diketuai oleh penyelidik Brian Langerhans dari North Carolina State University.  Langerhans menjelaskan bahawa genital bercangkuk ikan  jantan ini mungkin respons balas terhadap ikan betina yang mempunyai pertahanannya sendiri untuk melawan ikan jantan yang tidak diingini.

Ikan jantan dari Mexico ini mempunyai beberapa genitalia atau organ seks luaran betina yang menggerunkan.  Dilengkapi dengan empat cangkuk, bahagian seks ikan jantan mungkin membolehkan ikan itu menyambar ikan betina yang melawan ketika mengawan.

Pendek kata, ikan jantan ini memang hebat, iaitu mempunyai empat cangkuk, berbanding dengan orang lelaki yang mempunyai satu cangkuk sahaja.


Gelenyar: Betapa Sedap Mata Memandang Berat Lagi Badan Merasa

SABTU, 29 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Seorang lagi wanita yang gelenyar luar biasa mendapat perhatian.  Kali ini melibatkan suri rumah dari Atlanta, iaitu Rachel, yang dilaporkan, sangat berhati-hati apabila dia mencuci pakaian.  Ibu tiga orang anak ini mengalami puncak syahwat atau  orgasma  yang tidak diingini secara berterusan, ada kalanya beberapa jam sehari, yang boleh berpunca oleh, seperti mencuci pakaian. 

Rachel menghidap keadaan yang jarang-jarang berlaku dan dari segi relatif baru dikenali sebagai persistent sexual arousal syndrom, atau persistent genital arousal disorder (PGAD).  Bagi wanita ini, puncak syahwat 100 kali sehari bukan gurauan, dan dia tidak berasa segan untuk berkongsi pengalamannya itu yang terpaksa setiap ketika keinginan nafsunya. 

Menurut Psychology Today, PGAD berlaku apabila genital wanita naik gelenyar dari segi fizikal untuk berjam-jam, berhari-hari, berminggu, tetapi wanita itu tidak berasa apa-apa keinginan untuk bersetubuh.  Perkataan "kesusahan" sering digunakan untuk menjelaskan reaksi wanita terhadap PGAD.



Berita Baik Melimpahi Obama

SABTU, 29 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Tatkala Hari Pilihan Raya hanya tinggal kurang  40 hari lagi, dan beberapa buah negeri, seperti Iowa  mula mengundi lebih awal,   setiap calon yang bertanding dan kempen masing-masing seboleh-bolehnya mengelakkan daripada kesilapan.  Kedua-dua calon, iaitu Presiden Barack Obama dan Mitt Romney juga bersiap sedia untuk debat Presiden pertama mereka pada 3 Oktober ini.

Dalam pada itu, wujud faktor yang mungkin di luar kawalan, yang boleh menjejaskan calon, sama ada  Obama, ataupun Romney untuk memenangi Pilihan Raya Presiden kali ini.  Bagi Obama,  data pekerjaan yang dilaporkan pada hari Jumaat pertama setiap bulan  dengan kadar pengangguran yang tinggi benar-benar meresahkan dirinya. Sebelum pilihan raya, beliau terpaksa menghadapi dua lagi laporan tersebut, yang mungkin menyebabkan Romney melompat keriangan.  Laporan lain yang terbaharu ialah  pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat  suku tahun kedua yang hanya 1.3 peratus, merupakan berita buruk untuk Obama.

Namun, bagi Obama yang kadar sokongan meningkat selepas Persidangan Kebangsaan Parti Demokratik, menurut tinjauan pendapat pengesanan harian Gallup, boleh dikatakan sejak akhir-akhir ini, berita baik mencurah-curah.  Di tiga buah negeri, iaitu Ohio, Pennsylvania, dan Florida, menurut Nate Cohn, yang memetik tinjauan pendapat CBS News/New York Times/Quinnipiac University,  Obama mendahului Romney dengan digit berganda, iaitu 53 peratus. Tinjauan pendapat  terbaharu menunjukkan Obama mendahului Romney di tiga buah lagi negeri berayun, iaitu New Hampshire,  North Carolina, dan Nevada.

Selain tinjauan pendapat yang banyak memihak kepada beliau, penjagaan kesihatan  di negeri berayun juga memihak kepadanya.  Penjagaan kesihatan,  Obamacare yang menjadi sasaran  serangan Republikan dalam Pilihan Raya Separuh Penggal tahun 2010, turut digunakan oleh kempen Romney, terutamanya oleh calon Naib Presiden, Paul Ryan untuk menggasak Obama.  

Yang tidak kurang menarik, ialah sokongan penganut Katolik yang pada mulanya di belakang Romney, kini berubah ke arah Obama.  Sementara hartawan George Soros dilaporkan menyumbang AS$1 juta untuk super PAC pro-Obama dan AS$500,000 untuk PAC Majoriti Dewan dan PAC dan Majoriti Senat pada bulan September.  Soros yang selama ini, terutamanya pada tahun 2004, merupakan penyumbang utama  Demokrat, tetapi pada tahun ini  kurang menonjol.  Sementara kedudukan kewangan Obama, menurut USA Today, lebih baik sedikit daripada Romney, meskipun beliau tanpa penyumbang besar, seperti Sheldon Adelson, dan super PAC yang sumbangan kewangan mencurah-curah.

Dari segi dasar luar,  dua pertiga Amerika yakin kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk menangani masalah di luar negara, tertinggi dalam masa sembilan tahun sejak Perang Iraq.  Keyakinan ini merupakan berita baik untuk Obama, menurut tinjauan pendapat Gallup itu diadakan sempena hampir  setahun kematian   Muammar Gaddafi, tetapi sebelum serangan pada 11 September terhadap konsulat Amerika Syarikat di Benghazi, yang kesannya kini mula dirasai oleh Obama.   "Timur Tengah,"  seperti tegas Ronald Brownstein, "mengecewakan, sama ada Presiden Barack Obama ataupun Mitt Romney, dalam masa empat tahun akan datang."  

Program nuklear Iran yang menyebabkan Obama serba tidak kena dan pendiirian beliau dianggap lemah oleh kempen Romney, menjadi semakin rumit kerana Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sentiasa mendesak Washington menyerang Iran, bahkan beliau dijadikan modal kempen untuk menggasak Obama.  Kedua-duanya, iaitu Obama dan Netanyahu tidak sehaluan dan Netanyahu dikatakan mengharapkan Obama kalah dalam pilihan raya ini.  Walau bagaimanapun, ketika berucap sempena Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Netanyahu memuji pendirian Obama terhadap Iran, dan kesannya,  mungkin tidak meminggirkan Obama dalam kalangan pengundi Yahudi di Amerika Syarikat.

Tatkala belanjawan  Romney jika dilaksanakan, menurut laporan, memusnahkan  pekerjaan,  penyemakan semula pekerjaan oleh Bureau of Labor Statistics, menunjukkan dari April 2011 hingga Mac 2012, 386,000 lebih orang mendapat pekerjaan bukan ladang berbanding dengan laporan asal.  Dengan data terbaharu ini menunjukkan bahawa Obama mewujudkan pekerjaan secara keseluruhan, atau dengan kata lain, wujud "pertumbuhan pekerjaan bersih" dalam penggal pertama beliau menjadi Presiden. Sementara sentimen pengguna meningkat pada paras tertinggi sejak Mei, iaitu kepada 78.3  daripada 74.3 bulan Ogos, manakala tinjuan pendapat Bloomberg menunjukkan bahawa rakyat Amerika merasakan keadaan lebih baik jika dibandingkan dengan tahun 2009.  Keyakinan awam terhadap ekonomi Amerika ini merangsang peluang Obama untuk dipilih semula.

Jika selama ini, ekonomi dianggap kelebihan Romney, tetapi mula disaingi oleh Obama,  bahkan beliau  berkempen di pentas ekonomi dan menyerang dasar cukai Romney. Paling tidak, kedua-dua calon  setara, seperti yang dibahaskan oleh Rich Miller, "Romney atau Obama yang menang bermakna tidak dapat mengelakkan daripada krisis fiskal hutang."

Pasaran saham yang semakin rancak seakan-akan  tahu Obama akan menang, ramal   Alex Klein dalam The Daily Beast.  Walaupun Wall Street pada tahun ini meninggalkan Obama, para pekerja penjagaan kesihatan, telekomunikasi, dan industri pertahanan, menurut Bloomberg, merancakkan kempen pemilihan semula Presiden Barack Obama.  

"Kucing gemuk" gelaran yang diberikan oleh Obama kepada Wall Street, diperhatikan mula akur bahawa beliau sedang meraih kemenangan untuk penggal kedua, berdasarkan  tinjauan pendapat di negeri berayun dan arah tuju data ekonomi dan pasaran.  Para eksekutif yang selama ini mengkritik keras terhadap beliau, mula berubah nada.

Menurut pemerhatian Robert J.  Samuelson, Obama kini mempunyai sahabat baru, iaitu ekonomi, meskipun ekonomi masih lemah menurut kebanyakan petunjuk, hanya optimisme pengguna mencatatkan perbezaan, iaitu pencapaian sederhana.  "Pasaran saham meningkat, seperti yang ditunjukkan oleh kajian keyakinan utama," tulis Samuelson, merujuk Gallup, University of Michigan, dan Lembaga Persidangan.  Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa berita baik untuk Presiden akan berubah jika angka pengangguran bulan September yang dijadualkan diumumkan pada 5 Oktober adalah teruk.

Sebaliknya, Romney  kelihatan tergopoh-gapah di Iowa, dan Ohio yang merupakan  kubu terakhir kempen  Presiden beliau, tetapi bahas Molly Ball, "Romney tergapai-gapai."  Sebagaimana beberapa pengulas yang lain, Molly juga menegaskan bahawa Mitt Romney kini kelihatan tewas dalam Pilihan Raya Presiden.  Pandangan negatif terhadap bekas Gabenor Massachusetts ini bahas Julie Hirschfeld Davis, menggerhanakan mesej tentang ekonomi.

Tatkala Romney masih bergelut dengan "47 peratus," Bain Capital terus menghantui beliau dengan pendedahan terbaharu dalam The Huffington Post, dan pendedahan video tahun 1985 oleh David Corn dalam Mother Jones, sememangnya menyempitkan lagi laluannya untuk ke Rumah Putih.  

Espeth Reeve yang menulis dalam The Atlantic Wire, mengimbas kembali  laluan 10 bulan lalu  yang agak mustahil dicapai.  Pada December 2011, pengurus kempen Presiden Obama, iaitu Jim Messina mengemukakan lima laluan untuk bosnya memperoleh 270 badan perwakilan pemilih yang diperlukan dan kesemuanya kelihatan sukar.  "Akan tetapi, 10 bulan dan banyak tinjauan pendapat kemudian," tulis Reeve, "laluan itu kelihatan banyak mudah" - merujuk Associated Press yang pergi jauh dengan melaporkan bahawa kempen Obama mungkin mara ke Arizona - negeri yang tidak dimasukkan dalam lima laluan. 

John Cassidy yang tidak menolak kemungkinan Romney boleh menang, tetapi cuba membahaskan mengapa ekonomi yang lembap tidak membantu beliau. Namun, Cassidy juga membangkitkan bahawa beberapa faktor ekonomi tidak memihak kepada Romney, sebaliknya merupakan kelebihan kepada Obama, seperti pasaran saham, jualan rumah tertangguh.  Ringkasnya, ekonomi tidak semestinya memberikan kelebihan kepada Romney, bahkan dapat menjejaskan peluangnya.

Pastinya juga, sokongan kuat  Bill Clinton memberikan kelebihan kepada Obama.  Kempen Romney bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan Obama yang terbukti sukar ditewaskan, tetapi juga dengan regu yang berpadu kuat, iaitu Obama-Clinton. Bekas Presiden itu yang berucap kira-kira 50 minit sempena Persidangan Kebangsaan Parti Demokratik pada awal bulan ini  dan dalam ucapan itu beliau mencalonkan Obama untuk pertandingan Presiden ,  kelihatan turun padang dan berkempen.  Tidak pernah berlaku dalam pilihan raya bahawa bekas Presiden merupakan orang yang  begitu penting, seperti yang berlaku Clinton sekarang,  dan padanya Obama menyandarkan harapan untuk penggal kedua.




Friday, September 28, 2012

Adakah Belanjawan Keluarga Anda Banyak untuk Telefon Bimbit?

JUMAAT, 28 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Petang ini, Perdana Menteri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2013.  Seperti lazim, setiap lapisan rakyat mengharapkan belanjawan itu memberikan faedah kepada mereka, baik dari segi pencukaian mahupun bantuan atau kemudahan.

Yang dibentangkan oleh Najib itu ialah belanjawan negara, tetapi bagaimana pula dengan belanjawan keluarga anda?  Dengan memetik tulisan dalam The Wall Street Journal, maka Derek Thompson cuba mengenal pasti untuk apakah belanjawan  keluarga digunakan. Thompson menyangkal tulisan tersebut bahawa telefon sel menggunakan  belanjawan keluarga yang besar.

Hujah beliau, belanjawan keluarga Amerika bukannya banyak digunakan untuk telefon pintar, sebaliknya untuk insurans perubatan, sewa, pendidikan, dan kemudian barulah telefon, disusuli oleh perbelanjaan makanan.


Laman Lucah

JUMAAT,  28 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Internet membolehkan seseorang itu berhubung dan mendapat maklumat atau berita di mana-mana sahaja dalam apa-apa sahaja bahasa.  Melalui   Google translate membolehkan seseorang itu  memahaminya, meskipun terjemahan tersebut banyak kelemahannya. Krisis zon euro, Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, foto separuh bogel Kate Middleton, dan tubuh bikini Elisabetta Canalis,  tersebar ke seluruh dunia kerana adanya Internet.  Kehadiran Internet, menurut kajian Pew Research Center, sebagaimana akhbar, berita televisyen hilang khalayak.

Kehadiran media sosial turut membantu untuk melancarkan kempen atau propaganda, membangkitkan keriangan, atau mencetuskan keberangan. Segala-galanya tidak dapat ditutup, sebaliknya tersebar dengan mudah.  YouTube Innocence of Muslims, filem yang dihasilkan kira-kira dua bulan lalu, sejak dua minggu lalu tersebar secara meluas, mendorong umat Islam mengadakan tunjuk perasaan di seluruh dunia, meskipun tindakan itu, menurut  Jeffrey Goldberg, kurang mengena dengan video  tersebut. Demikian juga penjelasan Puteri Ameerah al-Taweel dari Arab Saudi, bahawa "bukan hanya kerana filem itu," tetapi penunujuk perasaan "kecewa, menganggur" hidup di negara tidak stabil dengan kerajaan dalam peralihan. 

Sementara itu, untuk sesiapa yang menghadapi kesukaran untuk mencari kelucahan pada Internet, menurut The Huffington Post, kini wujud enjin carian secara eksklusif untuk gambar kotor. CM Registry, syarikat yang beribu pejabat di Florida yang menyelia semua .xxx domain, melancarkan laman tersebut pada hari Khamis. 

Di samping enjin carian secara eksklusif untuk kelucahan,  menurut The Huffington Post lagi, Search.xxx berbeza daripada enjin carian lain, seperti Google dan Bing, dengan membolehkan para pengguna menapis hasil mengikut orientasi seksual.

Menurut laporan Forbes yang dikeluarkan pada tahun lalu, kira-kira 13 peratus carian Internet adalah "kandungan erotik" pada tahun yang berakhir pada Julai 2010.  Kira-kira empat peratus daripada satu juta laman Web dengan trafik yang tinggi adalah tertumpu pada perkara berkenaan.



Ketua Editor Wanita Gaji Kurang AS$15,000 Berbanding dengan Lelaki

JUMAAT, 28 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Wujud jurang gender atau diskriminasi jantina  dalam bidang media.  Menurut kajian tahunan Folio, ketua editor wanita dibayarkan gaji AS$15,000 kurang daripada rakan sejawatan lelaki mereka. 

Kajian yang termasuk 513 orang editor, mendapati bahawa lelaki dengan jawatan ketua editor atau pengarah editorial memperoleh gaji tahunan purata AS$100,800.  Wanita dengan jawatan yang sama memperoleh AS$85,000.


Ke$ha Bersetubuh dengan Hantu

JUMAAT, 28 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Ke$ha, seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post, memberitahu bahawa dia bersetubuh dengan hantu.  Ya, betul, dia bersetubuh dengan hantu.

Dan apakah yang anda lakukan apabila bersetubuh dengan hantu? Pastinya, anda tulis lagu tentang pengalaman itu.  

Sekurang-kurangnya itulah yang penyanyi berusia 25 tahun memberitahu Ryan Seacrest, tentang lagu barunya, "Supernatural."

"Ini tentang pengalaman dengan kuasa ghaib ..., tetapi dengan cara bersetubuh,"  beritahu Ke$ha.


Industri Kereta Eropah Tenat

JUMAAT, 28 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


General Motors Co. (GM), seperti yang dipetik oleh Bloomberg, berkata bahawa industri kereta akan kekal tidak menguntungkan pada tahap harga kenderaan semasa, manakala Volkswagen AG (VOW) berkata bahawa beberapa pesaing menghadapi risiko tanpa perniagaan tanpa bantuan negara.

Fiat SpA (F) dan PSA Peugeot Citroen (UG) mengeluarkan "bilangan yang sangat mengerunkan" dengan diskaun sebanyak 30 peratus harga jualan kasar yang tidak memungkinkan pengeluar kereta menghasilkan keuntungan.

Permintaan menjunam, maka penyerahan terus lembap, bahkan dengan potongan harga yang besar seperti itu.  


Ekonomi UK dan AS Muram

JUMAAT, 28 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Tatkala zon euro yang dilanda krisis hutang,  bergolak semula dengan protes antijimat-cermat di beberapa buah negara, dan Sepanyol berkemungkinan menjadi Greece baru, laporan ekonomi menunjukkan bahawa pertumbuhan di United Kingdom dan Amerika Syarikat masih lemah.

Untuk suku kedua tahun 2012, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dilaporkan,  menguncup sebanyak 0.4 peratus, kurang sedikit daripada yang dianggarkan sebelum ini, iaitu 0.5 peratus, manakala akaun semasa mencatatkan defisit 20.8 bilion paun. 

Sementara ekonomi terbesar dunia, iaitu Amerika Syarikat, tumbuh pada kadar lebih rendah daripada yang diramalkan sebelum ini untuk suku tahun kedua, seperti yang dipetik oleh Bloomberg, menunjukkan perolehan yang perlahan dari perbelanjaan pengguna dan inventori ladang. Dari April hingga Jun,  ekonomi negara itu hanya tumbuh 1.3 peratus berbanding dengan anggaran 1.7 peratus. 

United Kingdom yang masih terjebak dalam kemelesetan, dengan data terbaharu itu mungkin dapat menarik nafas lega. Ekonomi negara itu  kembali kepada pertumbuhan, tetapi Larry Elliot mengingatkan jangan kibarkan bendera lagi.


Tawaran Hebat untuk Lelaki: Pikat Lesbian

Jumaat, 28 Septermber 2012
Oleh: ZULKIFLI SALLEH


Ibu bapa mana yang tidak risau jika anak mereka gay atau lesbian. Pastinya, mereka berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan anak mereka itu. 

Demikian juga dengan hartawan Hong Kong, Cecil Chao Sze-tsung,  sanggup menawarkan HK$500 juta minggu ini selepas laporan bahawa anak perempuannya, Gigi Chao, 33 tahun, siswazah University of Manchester, memulakan perkongsian awam dengan teman wanita jangka panjangnya di Perancis.

Hartawan itu, menurut The Telegraph, mengemukakan tawaran lumayan itu kepada  lelaki yang dapat memikat anak perempuannya yang lesbian. Uulie Bindel yang mengulas tawaran itu, mengemukakan persoalan:  "Apa yang patut lesbian carikan pada lelaki." Si ayah mencari lelaki yang berhati jujur dan pemurah untuk anak perempuannya, yang menurut beliau, berbakat dan menarik,  menambah bahawa anak perempuannya itu taat pada ibu bapa.  


Thursday, September 27, 2012

Dari Pejabat Tanpa Cinta

KHAMIS, 27 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Tiga belas trend pejabat, menurut kajian yang melibatkan 7000 orang profesional di seluruh dunia, seperti yang dipetik oleh  The Huffington Post, akan lenyap dalam masa lima tahun, antaranya mesin faks.  

Yang turut tersenarai ialah mesin salinan, kad perniagaan, pejabat yang mempunyai pintu, pacuan ibu jari USB, bilik kecil, pejabat sudut untuk pengurus/eksekutif, pakaian perniagaan formal, komputer meja, telefon meja, waktu kerja piawai, rolodex,  dan perakam pita.


Keajaiban Indonesia

KHAMIS, 27  September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dalam tulisan yang diterbitkan dalam Foreign Policy, Richard Dobbs, Fraser Thompson, dan Arieff Budiman, mengemukakan lima alasan untuk mempercayai keajaiban Indonesia, negara yang mempunyai 240 juta orang penduduk dan banyak menghitung ekonomi moden, pelbagai, dan dinamik berbanding andaian para pelabur dan syarikat antarabangsa.

Alasan yang dikemukakan oleh tiga penulis itu dibahaskan dari segi mitos: ekonomi Indonesia tidak stabil; tidak banyak berlaku di luar Jakarta; Indonesia tidak ada apa-apa tanpa sumber aslinya; Indonesia ialah harimau Asia tipikal; dan pertumbuhan penduduk di sebalik kebangkitan ekonomi Indonesia.


Perhambaan Masih Wujud

KHAMIS, 27 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dengan menyertakan fotograf, Lisa Kristine yang menulis dalam The Atlantic, menunjukkan kewujudan pemerdagangan manusia dan perhambaan di seluruh dunia. 

Selama 28 tahun lalu, jelas Lisa, beliau mendokumentasikan orang ramai di lebih 100 buah negara di enam benua.  "Pada tahun 2009, dalam Sidang Kemuncak Keamanan Vancouver, saya bertemu penyokong Bebas Hamba,sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdedikasi untuk membasmi perhambaan zaman moden; saya terbang ke Los Angeles dan bertemu pengarah Bebas Hamba; dan dengan itu, ekspedisi  saya bermula untuk memeriksa dengan teliti perhambaan zaman moden.


Jimat-cermat: Tentangan Rakyat Tanpa Kesudahan

KHAMIS, 27 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Potong.  Potong.  Demikian arahan yang diberikan oleh troika, iaitu Kesatuan Eropah, Bank Pusat Eropah (ECB),  dan Kesatuan Eropah.  Kalau tidak, pelan penyelamat yang dijanjikan tidak akan diserahkan.   

"Oleh sebab potongan jimat-cermat menjadi-jadi, maka orang Greece mogok, tetapi lebih banyak potongan yang didesak," lapor Barbie Latza Nadeau.  Politik jimat-cermat Eropah, menurut Matthew Yglesias, dikejutkan oleh mogok umum Greece, ugutan berterusan Cataln, dan protes orang Sepanyol. 

Dalam masa beberapa hari ini di beberapa buah negara zon euro, menyaksikan tentangan keras terhadap jimat-cermat, dari Madrid ke Athens.  Di Sepanyol, persediaan untuk jimat-cermat yang lebih banyak disambut oleh protes, dan  menurut Bloomberg, bon merosot kerana penunjuk perasaan merancang protes seterusnya. Usaha Perdana Menteri, Mariano Rajol untuk memulihkan keyakinan pelabur terjejas apabila Presiden Catalan, Artur Mas mengadakan pilihan raya awal untuk mendesak "penentuan diri" untuk wilayah terbesar di negara itu.

Di ibu kota Greece, dilaporkan, berbelas-belas orang ditahan ketika mogok satu hari menentang potongan perbelanjaan yang dirancang sebanyak AS$15 bilion.  Inilah kali pertama tindakan yang diterajui oleh kesatuan sekerja sejak pakatan yang diketuai oleh puak konservatif berkuasa pada bulan Jun.  Greece memerlukan ansuran 31 bilion euro seterusnya daripada pelan penyelamat antarabangsa, tetapi dengan kadar pengangguran yang tinggi dan satu pertiga rakyat negara itu terpaksa hidup di bawah garis kemiskinan, pastinya tercetus penentangan yang kuat terhadap pemotongan yang seterusnya.

Di sebalik pelbagai usaha untuk menyelesaikan krisis zon euro, seperti yang dibahaskan oleh editorial The Guardian, yang sering diabaikan ialah rakyat jelata yang menanggung akibatnya.  Dengan menegaskan bahawa protes jimat-cermat Eropah, "gila macam neraka," menurut editorial itu, "di tengah-tengah jimat-cermat adalah mustahil untuk menafikan politik: lebih 200,000 orang penunjuk perasaan turun di jalanan di Athens; beribu-ribu orang mengepung Parlimen di Madrid; dan minggu lalu, lebih setengah juta orang berarak di kota-kota seluruh Portugal untuk membantah potongan keselamatan sosial.

"Satu perlima penduduk Catalonia, iaitu 1.5 juta orang," tambah editorial itu, "berarak  minggu lalu dalam apa yang dapat ditafsirkan kebangkitan sentimen pemisahan.  Bagi mereka, bukan sekadar kontrak dengan Brusels dan Frankfurt bahawa perlu dirunding semula, tetapi kontrak dengan Madrid, dalam kata lain, perlembagaan."

Sesungguhnya, bagi para pemimpin negara yang dilanda krisis hutang, seperti Greece, Sepanol, dan Portugal, mereka bagaikan dihimpit dari pelbagai penjuru:  Troika yang mendesak pemotongan belanjawan dan pelaksanaan jimat-cermat, dan rakyat jelata yang naik berang kerana kehidupan mereka semakin sengsara akibat langkah tersebut.

Perubahan Cuaca Merosakkan Ekonomi

KHAMIS, 27 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Bukan sahaja krisis kewangan, pembatalan kawal selia, liberalisasi, dan pergolakan politik, bahkan perubahan cuaca merosakkan ekonomi.  Seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, perubahan cuaca telah pun menyumbang kepada kematian hampir 400,000 orang dan menyebabkan dunia menanggung kos lebih AS$1.2 trilion, melesapkan 1.6 peratus setahun daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kesannya telah pun dirasai kebanyakannya di negara membangun, dengan kerosakan terhadap pengeluaran pertanian akibat cuaca yang melampau yang dikaitkan dengan perubahan cuaca adalah menyumbang kepada kematian akibat kurang pemakanan, kemiskinan, dan penyakit yang berkaitan.

Akhbar itu memetik kajian yang dijalankan oleh DARA group, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, dan Climate Vulnerable Forum, yang ditulis oleh lebih 50 orang ahli sains, ahli ekonomi dan pakar dasar, dan dilantik oleh 20 buah kerajaan.

Pada tahun 2030, para penyelidik menganggarkan kos perubahan cuaca bersama-sama pencemaran udara akan meningkat kepada 3.2 peratus KDNK global, dengan negara kurang maju di dunia diramalkan menerima bahagian yang paling hebat, menanggung kerugian hingga 11 peratus KDNK mereka. 


Jeffrey Sachs: Bagaimana Membina Model Ekonomi

KHAMIS, 27 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sejak krisis kewangan berlaku kira-kira empat tahun lalu, ahli ekonomi, penggubal dasar, dan bahkan para pemimpin berusaha mencari model ekonomi.  Sesetengahnya kembali semula kepada John Maynard Keynes, dan ada yang pergi lebih jauh, iaitu kepada Karl Marx.

Dalam banyak sejarah pembaharuan ekonomi yang paling berjaya, hujah Jeffrey Sachs, negara yang cerdik belajar daripada kejayaan dasar negara lain, mengubahsuaikannya mengikut keadaan tempatan.  Dalam sejarah panjang pembangunan ekonomi, menurut beliau, Britain pada abad ke-18 belajar daripada Belanda, Prusia awal abad ke-19 belajar daripada Britain dan Perancis; Meiji Jepun pertengahan abad ke-19 belajar daripada Jerman; Eropah pasca-Perang Dunia Kedua belajar daripada Amerika Syarikat; dan  China Deng Xiaoping belajar daripada Jepun.

Menerusi proses peminjaman institusi dan adaptasi kreatif, jelas Sachs, institusi ekonomi yang berjaya dan teknologi termaju tersebar ke seluruh dunia, dan dengan itu, merangsang pertumbuhan global.  Hari ini juga, tegas beliau, wujud beberapa peluang besar untuk jenis "arbitraj dasar," jika lebih banyak negara hanya mengambil masa untuk belajar daripada kejayaan negara lain.

Wednesday, September 26, 2012

IMF: Sistem Kewangan Masih Berisiko

RABU, 26 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Meskipun empat tahun berlalu, krisis kewangan global masih belum reda. Seperti yang dimaklumkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), bahawa risiko masih wujud dalam sistem kewangan kerana para pelabur  Amerika Syarikat ketakutan.

Dalam Global Financial Stability Report  terbaharu, IMF mengingatkan bahawa di sebalik ribut salji peraturan baru, sistem perbankan masih mudah terjejas.


Obama "Orang Islam Hitam di Rumah Putih"

RABU, 26 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Madonna  sering mencetuskan kontroversi ketika dia mengadakan pertunjukan dengan mendedahkan tubuh yang semakin kurang seksi kerana dimakan usia.  

Ikon tahun 1980-an ini sekali lagi mencetuskan kontroversi, tetapi bukan dengan mendedahkan tubuhnya kepada para penonton, sebaliknya ketika mengadakan konsert, dia  mengatakan bahawa, "Obama ialah 'orang Islam  Hitam di Rumah Putih'," seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post.  Maka, tegas Madonna, beliau wajar diundi. "Walau apa-apa sekalipun, betul, kita mempunyai orang Islam hitam di Rumah Putih, okey?" Madonna menyokong Obama dengan menyebutnya IslamSebelum ini, Madonna mendedahkan tatu "Obama" yang tertera pada badannya.  

Komen bahawa Obama ialah orang Islam, bahas Suzi Parker dalam The Washington Post, mengasak ideologi kanan.  Kempen Obama pastinya mengesot.  "Adakah Madonna hanya bersikap ironik? Atau adakah dia benar-benar fikir Obama Islam? soal Suzi. 

Sejak Presiden Barack muncul di tengah pentas politik, beliau sering dikaitkan dengan Islam, selain "sosialis Kenya."  Hingga kini, penyokong Republikan masih percaya bahawa Obama Islam.  Pada takat tertentu, Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kali ini, adalah antara "Barack Obama Islam dengan Mitt Romney Mormon."


Mengapa Lelaki Naik Syok Tengok Tetek?

RABU,  26 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tetek bagi kebanyakan wanita, bagaikan mahkota mereka.  Ada wanita yang berbangga dengan saiz tetek mereka, sama ada kecil ataupun besar; ada wanita pula yang merasakan sebaliknya: kecil bermasalah, besar juga bermasalah.

Bagi kaum lelaki, selain rupa paras, betis dan kaki mereka, tetek juga menarik perhatian mereka.  Kalau disediakan senarai daya tarikan terhadap kaum wanita, mungkin tetek dalam senarai yang teratas. 

Larry Young dan Brian Alexander cuba menjelaskan mengapa lelaki heteroseksual   terpesona oleh  tetek wanita bahawa kita ada kalanya bertindak seakan-akan tetek merupakan  the seat of the soul. Dari segi biologi, selalu memikirkan tetek oleh kaum lelaki adalah benar-benar pelik.  Manusia, menurut Young dan Alexander, hanya mamalia jantan terpesona oleh tetek dalam konteks seksual.  Wanita merupakan hanya mamalia betina yang tetek menjadi besar ketika baligh, iaitu tidak bergantung pada kehamilan.  Kita juga hanya spesies yang belaian, urut, dan bahkan dari segi lisan, merangsang tetek wanita ketika bercumbuan dan bersetubuh.

Wanita pula, jelas Young dan Alexander lagi, kelihatan seronok dengan perhatian ini, sekurang-kurangnya pada detik yang sesuai.  Mereka memetik kajian Roy Levin dan Cindy Meston yang melibatkan 301 orang, termasuk 153 wanita, mendapati bahawa merangsang tetek atau puting, menambahkan lagi keinginan seksual kira-kira 82 peratus wanita yang dikaji. Hampir 60 peratus wanita secara eksplisit meminta puting mereka disentuh.

Bagi yang berminat mengetahui perkara ini secara mendalam, harap baca tulisan Larry Young dan Brian Alexander yang dipetik di sini.



Kemaraan Obama Nampaknya Tidak Dapat Disekat

RABU,  26 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Hari Pilihan Raya yang  tinggal lebih kurang 40 hari lagi, akan menyaksikan dua laporan pekerjaan, satu laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan tiga perdebatan antara calon Presiden, manakala "perang video" menjadi-jadi

Sementara serangan terhadap kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah dan Benghazi, disusuli dengan tunjuk perasaan di seluruh dunia Islam dan beberapa negara lain, dasar luar diperhatikan yang seakan-akan dilupakan, bahkan daripada calon Republikan sendiri - sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini  bergerak ke tengah pentas dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat tahun 2012 yang dibayangi oleh ekonomi.  Obama yang kelihatan terhegeh-hegeh untuk melakarn "garisan merah," kelihatan semakin bersifat menyerang terhadap Iran, hujah Peter Beinart.

Presiden Barack Obama, yang mendahului  Mitt Romney sejak awal lagi, mula memperkukuh kedudukannya selepas Persidangan Kebangsaan Parti Demokratik di Charlotte.  Berbanding dengan lawannya, Obama secara berterusan, memperoleh lantunan yang tinggi pascapersidangan dan ini melebarkan jarak perlumbaan.  Tidak adatanda bahawa Romney dapat merapatkan jarak, bahas Nate Cohn, meskipun perlumbaan kemungkinan sengit.

Selepas mendahului Romney di Virginia, dua buah negeri berayun, iaitu Ohio dan Florida,  menurut tinjauan  pendapat The Washington Post,  Obama mendahului lawannya, menyukarkan laluan Romney.  Di Ohio, peluang Romney untuk kembali tipis.  Tinjauan pendapat terbaharu menunjukkan jarak antara  Obama dengan Romney semakin jauh, seperti yang diisytiharkan oleh James Hohmann, "Presiden Obama semakin meninggalkan Romney."  

Selepas tenggelam seketika, kini Obama, tegas Howard Kurtz, "menemui suaranya dalam kehangatan kempen Pilihan Raya Presiden tahun 2012."  Sebaliknya, Romney masih tercari-cari medan pertarungan yang memihak kepada dirinya, dan masih bergelut dengan pelaburan luar pesisir, walaupun beliau baru sahaja mengeluarkan cukai pendapatannya untuk tahun 2011.  Walau bagaimanapun, ada tinjauan pendapat, menurut David Wiegel, menunjukkan Romney mendahului Obama.  Pilihan raya belum berakhir, tegas Gerald F. Seib, dan Romney masih  boleh menang.

Para pengundi, menurut tinjauan pendapat yang dikeluarkan pada hari Isnin oleh Pew Research Center, yang  membuat keputusan pada kertas undi semakin terikat dengan pandangan keseluruhan mereka tentang peranan kerajaan, dengan  mereka mahu kerajaan diperkembang, berkemungkinan besar mengundi Presiden Obama. Bagi mereka, masih ekonomi, sebaliknya tenaga, keganasan, dan imigresen kurang penting jika dibandingkan dengan tahun 2008.

Memetik Nate Silver, Josh Voorhees yang menulis dalam Slate, menegaskan bahawa tinjauan pendapat semasa memberitahu, secara ringkas, perkara terus kelihatan baik untuk Pasukan Obama.  Daripada 19 orang calon yang mendahului lawan dalam tinjauan pendapat pada tahap perlumbaan ini, kesemuanya kecuali Thomas Dewey dan Al Gore, menang dalam badan perwakilan pemilih.  Dalam analisis 24 September, Silver menjangkakan Obama memperoleh 309.3 badan perwakilan pemilih berbanding  228.7 untuk Romney.  Peluang Obama menang ialah 77.7 peratus berbanding Romney 22.3 peratus.

Kevin Drum yang menulis dalam Mother Jones, majalah yang berusia 175 tahun, dengan berani menegaskan bahawa "kemaraan Obama nampaknya tidak dapat disekat."  Drum yang juga memetik Nate Silver bahawa:  Obama kini mendahului lawannya 3.7 peratus, tidak calon dalam masa 50 tahun lalu yang mendahului sebesar itu kalah; dan  tidak ada calon dengan 47 peratus pengundi yang kalah - Obama kini memperoleh 48.3 peratus.  Drum juga memetik Sam Wang yang meramalkan Obama menang 347 - 191 badan perwakilan pemilih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...