Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Michael Klare menulis sesuatu yang cukup menarik dan amat provokatif, meskipun beliau sekadar mengemukakan persoalan: Perang Dingin baru di Asia? Dengan mendakwa bahawa Pentadbiran Obama bermain api dalam dasar China, dalam usaha untuk mengalihkan perhatian daripada dua peperangan yang membawa malapetaka di Timur Tengah yang Lebih Besar, pentadbiran itu mungkin mula melancarkan Perang Dingin baru di Asia, dan sekali lagi, melihat minyak sebagai punca kekuasaan global.
Klare membangkitkan dasar baru yang ditunjukkan oleh Presiden Barack Obama sendiri pada 17 November lalu semasa berucap di Parlimen Australia apabila beliau meletakkan wawasan geopolitik yang bahaya dan terlalu bahaya. Amerika Syarikat tidak lagi memberikan tumpuan terhadap Timur Tengah yang Lebih Besar, seperti yang dilakukan untuk dekad lalu, sebaliknya negara kuasa besar itu kini menumpukan kuasanya di Asia dan Pasifik.
Daripada kehadiran Amerika Syarikat di Laut China Selatan kepada rancangan penempatan tenteranya di Australia, jelas bahawa Amerika menjadikan China sebagai sasarannya, paling tidak dalam usaha pengimbangan kuasa. Amerika Syarikat juga, seperti yang dilaporkan oleh The Jakarta Post, meminta Indonesia membantu untuk melawan peningkatan kuasa China, terutamanya di Laut China Selatan, yang beberapa penganalisis dasar luar berkata mencerminkan strategi "proksi mengikut perang" Amerika Syarikat.
Demikian juga lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton ke Myanmar baru-baru ini bukan sekadar untuk melihat sendiri pembaharuan, terutamanya dari segi demokrasi dan kebebasan yang dilaksanakan oleh negara paria itu, tetapi juga untuk mengekang kemaraan China di rantau ini. Hannah Beech yang menulis beberapa makalah sempena lawatan itu, sekali lagi muncul dengan memburu naga untuk menunjukkan betapa kuatnya pengaruh China di negara yang selama ini terasing dari dunia luar.
Pastinya, kemungkinan Perang Dingin baru tidak memeranjatkan sama sekali kerana Asia pernah menjadi kancah Perang Dingin yang diberikan tafsiran menarik oleh Immanuel Wallerstein. Sebenarnya, Amerika Syarikat sekadar membuka semula medan lama.
James Petras yang menulis dalam laman webnya, membangkitkan bahawa Presiden Barack Obama meningkatkan pertaruhan ketenteraan di perbatasan China dan Rusia. Selepas menerima kekalahan ketenteraan dan politik di Afghanistan dan Iraq dan gagal menyokong pelanggan lama di Yaman, Mesir, dan Tunisia, dan menyaksikan penyepaian rejim boneka di Somalia dan Sudan Selatan, rejim Obama tidak belajar apa-apa. Sebaliknya, beliau berpaling ke arah konfrontasi ketenteraan yang lebih besar denga kuasa global, iaitu Rusia dan China. Obama mengambil dasar pengepungan dan provokasi terhadap China, ekonomi kedua terbesar dunia dan pemiutang Amerika Syarikat yang paling penting, dan Rusia yang merupakan pembekal minyak dan gas utama kepada Kesatuan Eropah dan kuasa senjata nuklear kedua sangat kuat di dunia.
Untuk China, James Petras menjelaskan Obama mengumumkan pengepungan ketenteraan terhadap China berasaskan penempatan maritim, armada aerial yang menghadapi pantai China. Dasar yang direka untuk melemahkan dan mengganggu akses China kepada bahan mentah dan hubungan komersial dan kewangan di Asia. Petras juga memetik perisytiharan Obama bahawa Asia merupakan rantau keutamaan bagi pengembangan ketenteraan Amerika Syarikat, pembinaan pangkalan dan perseikan ekonomi yang secara langsung terhadap China, mencabar Beijing di kawasan yang berhampiran dengannya.
Petras juga membangkitkan ucapan Presiden Barack Obama di Parlimen Australia yang jelas dalam mentakrifkan matlama imperialis Amerika Syarikat. Juga perjanjian penempatan tentera Amerika Syarikat di bahagian utara Australia menghadapi China. Sementara Hillary Clinton meluangkan bahagian terpenting tahun 2011 dengan melakukan percubaan yang terlalu provokatif, untuk negara Asia yang mempunyai sempadan maritim dan bersengketa dengan China. Hillary dengan menggunakan kekerasan melibatkan Amerika Syarikat ke dalam pertikaian ini, menggalakkan dan memburukkan lagi tuntutun Vietnam, Filipina, dan Brunei di Laut China Selatan.

Petras juga membangkitkan Perkongsian Rentas Pasifik yang dipersetujui baru-baru ini, kehadiran Obama dalam mesyuarat pemimpin Asia Timur Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan lawatannya ke Indonesia, dan lawatan Hillary Clinton ke Myanmar.
Selain China, rejim Obama, bahas Petras, melancarkan rodokan ketenteraan berhadap utama ke atas sempadan Rusia. Lebih tertumpu ke Eropah, Amerika Syarikat menggerakkan ke hadapan tapak peluru berpandu dan pangkalan Tentera Udara di Poland, Rumania, Turki, Sepanyol, Republik Czech, dan Bulgaria.
Perang Dingin baru sedang menyelubungi Asia, sesuatu yang nampaknya tidak dapat dielakkan lagi. Amerika Syarikat bukan sahaja membuka medan lama, tetapi juga secara terbuka mengisytiharkan siapakah musuhnya dan mengenal pasti siapa pula sekutunya.
MOHON SHARE KE FB?
ReplyDeleteSilakan.
ReplyDelete