Artikel Popular

Wednesday, December 28, 2011

Graf Terbaik Tahun 2011





RABU,  28  Disember 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Melalui blognya, Fareed Zakaria, menyatakan banyak laman web yang menyediakan "carta terbaik tahun 2011.  Sehubungan dengan itu, beliau memetik carta dan penjelasan yang dikemukakan oleh Dr. Mark J. Perry, felo pelawat di American Enterprise Institute.   

Carta tersebut menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar dan tahap jumlah guna tenaga awam dari tahun 2002-2011.  Jumlah output ekonomi Amerika Syarikat dalam suku ketiga tahun ini akhirnya meningkat kepada tahap yang mengatasi output pada suku keempat tahun 2007, apabila kemelesetan bermula.  Meskipun ekonomi Amerika Syarikat pulih sepenuhnya daripada kemelesetan itu, pasaran buruh masih berhempas pulas untuk pulih.  Amerika kini kekuarangan 6.6 juta pekerjaan berbanding dengan Disember 2007 apabila kemelesetan bermula bersama-sama dengan 8.6 peratus kadar pengangguran, dan dengan itu, satu lagi  "pemulihan tanpa pekerjaan." (Saya pernah menulis "Pemulihan Tanpa Pekerjaan" dalam Dewan Masyarakat, Januari 2010.)

Fareed Zakaria menyatakan graf  paling penting dalam  The Atlantic. Derek Thompson, editor kanan majalah  tersebut  dalam pengenalan ringkas tentang graf itu bahawa apabila fakta adalah suram dan kepastian mengelak-elak, graf mengemukakan maklumat yang jelas dan keyakinan yang kecil bahawa dunia boleh digulungkan antara dua paksi.  Beliau menjelaskan bahawa berikutan BBC menanyakan kumpulan ahli ekonomi untuk menamakan graf mereka tahun ini, "kami juga memutuskan untuk berbuat perkara yang sama."  Beliau juga menyatakan bahawa Wonkblog juga berbuat demikian.

http://www.heritage.org/budgetchartbook/charts/2011/us-debt-600.jpg
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...