Artikel Popular

Thursday, December 15, 2011

Kedaifan Pendidikan di Dua Negara Berbahasa Inggeris

JUMAAT, 16  Disember 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Tatkala penyokong Pengajaran dan Pembelajaran  Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih berdegil dan terus melalak, dan isu ini dibahaskan oleh Baha Zain dalam Dewan Sastera keluaran bulan ini,  The Huffington Post melaporkan hampir separuh sekolah awam Amerika tidak memenuhi piawai pencapaian persekutuan tahun ini, menandakan kadar kegagalan terbesar sejak Undang-Undang Tidak Ada Anak yang Ketinggalan yang banyak dikritik, dilaksanakan satu dekad lalu. Akhbar itu memetik laporan Center on Education Policy yang menunjkkan lebih 43,000 buah sekolah atau 48 peratus tidak mencapai "kemajuan tahunan yang cukup" tahun ini.  

Kegagalan adalah daripada yang rendah 11 peratus di Wisconsin kepada yang tinggi 89 peratus di Florida.  Dapatan itu adalah lebih rendah daripada kadar kegagalan 82 peratus yang Setiausah Pendidikan, Arne Duncan ramalkan pada awal tahun ini, tetapi masih menunjukkan trend yang membimbangkan yang Duncan harapkan untuk tangani dengan memberikan pelepasan negeri daripada undang-undang persekutuan. Undang-undang berkenaan memerlukan negeri mempunyai setiap pelajar mencapai tahap gred dalam  matematik dan pembacaan pada tahun 2014, yang kebanyakan pendidikan berpendapat adalah matlamat yang mustahil. 

Merentas Atlantik,  The Guardian dan Independent melaporkan lebih 1000 buah sekolah rendah di England gagal mencapai sasaran rasmi untuk mengajar murid asas bahasa Inggeris dan matematik.  Jadual liga menunjukkan bahawa 1310 sekolah rendah jatuh di bawah piawai yang dijangkakan, manakala kira-kira 150 buah sekolah di bawah "piawai lantai" untuk lima tahun berturut-turut.

Angka untuk sekolah berasaskan keputusan ujian yang diambil oleh lebih setengah juta murid berumur 11 tahun pada bulan Mei.  Peratusan murid mencapai tahap jangkaan dalam bahasa Inggeris dan matematik meningkat dalam ujian tahun ini.  Walau bagaimanapun, satu pertiga murid gagal mencapai piawai yang dijangkakan, iaitu tahap empat dalam pembacaan, penulisan, dan matematik yang digabungkan.  Satu dalam 10 orang murid meninggalkan sekolah rendah dengan pembacaan umur tujuh tahun.  

Sekolah-sekolah dijangkakan memastikan sekurang-kurangnya 60 peratus murid yang berumur 11 tahun mencapai piawai yang dijangkakan untuk  usia mereka dalam bahasa Inggeris dan matematik.  Ini termasuk penggunaan ejaan dan tatabahasa yang betul dn kemampuan untuk melakukan penghitungan yang mudah. 

Di Amerika Syarikat dan England, boleh dikatakan kelemahan murid dalam matematik, bahasa Inggeris, dan pembacaan amat ketara.  Syukur kerana bahasa Inggeris bahasa global, tetapi terkial-kial di bumi sendiri!  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...