Artikel Popular

Friday, December 30, 2011

Sejarah yang Dipolemikkan dan Dimangsakan

JUMAAT, 30  Disember 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa  bahawa Sejarah akan dijadikan sebagai salah satu subjek wajib lulus untuk memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 disambut dengan pelbagai reaksi, tidak kurang juga polemik dan kontroversi.  Banyak ahli sejarah, pendidik, ahli akademik, ahli politik, dan tidak kurang golongan lain yang mengemukakan pandangan serta cadangan mereka.  Namun, bukan tujuan tulisan ini membahaskan semuanya itu di sini kerana mereka semua merupakan orang "hebat" di negara ini.  

Apa yang ingin diperkatakan di sini ialah sejak pengumuman itu, di Britain berlaku hal yang hampir sama tentang pengajaran dan pembelajaran Sejarah di negara tersebut.  Lebih seminggu lalu, Chris Skidmore yang menulis dalam The Guardian mengingatkan bahawa  Sejarah tidak boleh diajarkan seperti mata pelajaran itu Doktor yang masih perjalanan menarik. Beliau membangkitkan bahawa tahun lalu, untuk kali pertama, kurang daripada 30 peratus murid biasanya mempelajari Sejarah selepas berumur 14 tahun, tetapi gambaran yang mendasarinya apa yang berlaku adalah lebih teruk.  Beliau merujuk laporan yang beliau terbitkan, History in Schools - A School Report yang mendedahkan bahawa di 159 buah sekolah, tidak ada seorang pun murid yang memasuki  GCSE dengan mata pelajaran Sejarah, manakala di 13 peratus sekolah, kurang daripada 10 peratus murid memasukinya dengan mata pelajaran ini.    di 77 buah pihak berkuasa tempatan, kurang 20 peratus murid lulus mata pelajaran Sejarah di peringkat GCSE - di Knowsley, hanya lapan dalam 100 orang murid, dengan empat (daripada 2000 muridi) lulus Sejarah A-level.  

"Kita menghadapi situasi yang Sejarah pada risiko hampir lesap di sekolah dan wilayah di seluruh negara ini," tulis Skidmore.  "Mata pelajaran yang sepatutnya menyatukan kita sebagai satu bangsa hanya menjadi mata pelajaran pilihan untuk dua, iaitu di seluruh komuniti dan sekolah, selalunya di sesetengah kawasan yang paling kekurangan di negara ini, pengajian Sejarah dihindari, di tempat-tempat lain, pengajian itu  menjadi peliharaan kawasan dan sekolah yang lebih mewah." 

Persoalan bagaimana Sejarah patut diajarkan di sekolah, apakah Sejarah patut diajarkan, bahas Skidmore, sesungguhnya bukan perkara baru. Sesungguhnya, perbincangan zaman lama yang berkait pengajaran Sejarah di sekolah kini mempunyai sejarahnya sendiri. Beliau mencadangkan bahawa banyak cara yang pengajian Sejarah di sekolah dapat diperbaiki supaya dapat menggalakkan banyak mengambil mata pelajaran itu.  "Di sekolah rendah," bahas beliau, "wujud keperluan yang jelas untuk ditangani bagaimana mata pelajaran, seperti Sejarah dan Bahasa Moden boleh menjadi lebih baik dimasukkan dalam kurikulum dan jadual pelajaran yang tertumpu pada leterasi dan pengiraan (numeracy).  Di sekolah menengah pula, amalan yang Sejarah di sesetengah sekolah dipadatkan dalam dua tahun pengajaran antara murid berumur 11 hingga 14 tahun sepatutnya ditamatkan."  

Beliau mencadangkan perlunya fokus kronologi yang membolehkan murid-murid mempunyai kefahaman yang betul tentang konteks dan perspektif sejarah.  Pada masa yang sama, Sejarah sebagai mata pelajaran perlu bercakap dengan ghairah, di samping menyedarkan murid-murid.

Pengajaran dan pembelajaran Sejarah di Britain boleh dikatakan sentiasa menjadi tumpuan.  Kira-kira sebulan lalu, Setiausaha Pendidikan, Michael Gove menyalahkan sistem peperiksaan  yang mengabaikan sejarah British. Beliau mencadangkan supaya kajian kurikulum nasional sepatutnya membawa kepada pengajian  "seimbang yang lebih baik" untuk Sejarah yang menitikberatkan pemahaman tentang masa lalu Britain.

Sementara ahli sejarah mencadangkan jangan diganggu mata pelajaran Sejarah, tetapi diajarkan dalam masa yang lebih lama.  Dan jadikan mata pelajaran wajib untuk murid-murid berumur 16 tahun. Mereka tidak mahu mata pelajaran itu dijadikan kelas propaganda. Richard J. Evans dalam tulisannya mencadangkan supaya menjadi Sejarah mata pelajaran wajib untuk alasan yang betul. 

Sebagaimana di negara kita, di Britain juga wujud polemik yang berterusan tentang pengajian Sejarah di sekolah-sekolah.  Namun, mungkin ramai yang bersetuju dengan Tristram Hunt bahawa "jika kita tidak mempunyai sejarah, maka kita tidak mempunyai masa depan."  Justeru, jangan biarkan kita menjadi bangsa tanpa sejarah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...