Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Dalam beberapa hari ini, baik dalam akhbar mahupun majalah, ada-ada sahaja kisah haiwan. Majalah Time dalam talian seperti yang dinyatakan dalam penulisan blog sebelum ini, muncul dengan "Haiwan Tahun 2011." Sementara SE Smith menulis dalam The Guardian bahawa jalan-jalan di kota raya New York bukannya untuk kuda. Dalam The Daily Beast pula, Leslie Bennetts menulis bagaimana sahabat karib, iaitu anjing muncul untuk mencalonkan perlumbaan ke Rumah Putih pada tahun ini.
Tidak ketinggalan kisah katak berhubung dengan krisis Kesatuan Eropah yang ditulis oleh Boris Johnson dalam The Telegraph sambil menyelit kisah "lembu mati." Dalam kisah yang berbeza, The Economist muncul dengan usaha untuk menyelamatkan katak di India. (Saya sempat membaca sepintas lalu makalah ini yang hanya sekejap dimasukkan dalam talian semalam.)
Haiwan yang mengancam dan terancam turut mendapat liputan. The Huffington Post melaporkan haiwan yang boleh membawa wabak penyakit, manakala The Independent melaporkan bahawa burung yang paling terancam di Bumi ini membuat sarang untuk memulakan kehidupan baru di Slimbridge, Gloucestershire.
Ketika membaca semula beberapa makalah tentang Menduduki Wall Street yang masih mendapat liputan media, seperti The Nation, The Huffington Post, dan The Washington Post, saya terjumpa dengan tulisan Mark Jenkins, "Assessing the art of the Occupy Movement."
Dalam menaksir seni gerakan Menduduki, Jenkins antara menulis, "meskipun aktivis gerakan ini tidak mempunyai agenda tunggal, banyak imej lebih kuat berbanding dengan yang yang ditunjukkan. Fundamental Menduduki, jika tidak rasmi, menyasarkan kekayaan dan kuasa kekayaan, selalunya dijelmakan oleh "Mengenakan Lembu Jantan," patung yang berdiri hampir dengan Wall Street. Pelukis Menduduki menggambarkan haiwan itu ditanjul, dikasi, diletupkan, dieviserat oleh beruang, dan selalunya dibahagi-bahagikan seperti di kedai penjual daging untuk stik, daging potong, dan daging panggang.

Jelas Jenkins, lembu jantan mewakili Wall Street, bahkan untuk pembantah yang berkemah jauh dari Manhattan. Haiwan gangsa yang berotot juga menandakan keangkuhan, yang menjadikannya unggul untuk tujuan Menduduki.
Balik ke negara kita Malaysia, nampaknya lebih sebulan kisah lembu berkeliaran dalam blog dan Facebook. Lembu yang terus "segak" (menanduk) pemiliknya hingga tunggang-langgang dan parti yang diwakili terhuyung-hayang. Banyak cerita berbingkai yang dihidangkan untuk tatapan umum, ada jenaka, ada yang serius, tetapi semua cerita ini memperkukuhkan tema utama kisah lembu ini, jauh sekali untuk mencacatkannya. Meskipun ugutan demi ugutan dikeluarkan, seperti tindakan undang-undang dan "selak kain," sesuatu yang berkubu kukuh dalam pendapat awam sukar dirombak, dipadamkan. Tindakan menyingsing lengan baju yang konon untuk mencerminkan simbolik kepahlawanan, tetapi tindakan itu tidak lebih pada tanggapan umum, hanya sebagai pahlawan yang tempang. Atau kalau diambil iktibar daripada Napoleon Bonaparte: Waterloo.
Pendedahan kisah lembu dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, bagi parti pembangkang, mereka bagaikan menemui "lombong emas" yang boleh dikatakan "tidak habis makan." Untuk penjawat awam, inilah kali pertama mereka tidak menjadi sasaran kritikan terhadap penyelewengan dan ketirisan yang berlaku kerana dilindungi oleh lembu.

Tatkala kita menghitung detik ketibaan tahun 2012, mungkin banyak lagi keluar cerita haiwan, baik dari dalam mahupun luar negara; baik lembu mahupun haiwan lain.
No comments:
Post a Comment