Artikel Popular

Thursday, December 1, 2011

Mendakap Demokrasi, Najib Menari di Atas Pentas yang Roboh

KHAMIS, 1 Disember 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH






Dalam ucapan dasar Presiden UMNO, sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, antaranya berbangga kerana UMNO bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politik kita, malah UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi. Kata pepatah Inggeris “the proof of the pudding is in the eating”. Sambil beliau menempelak amalan demokrasi parti lawan yang beliau sebut Parti A, Parti B, dan Parti C. 

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan demokrasi di peringkat global sejak akhir-akhir ini terutamanya, pastinya tertanya-tanya apakah signifikannya Najib membangkitkan demokrasi yang kononnya didakap oleh UMNO. Di Eropah, demi menyelamatkan kapitalisme, demokrasi  terpaksa dikorbankan.  Di benua itu, dipersetujui bahawa demokrasi diancam, meskipun tidak ada kesepakatan tentang pengancamnya. 

Di banyak negara di dunia, demokrasi boleh dikatakan koyak-rabak.  Di Greece tempat lahirnya demokrasi,  dan Italy, pemimpin yang dipilih oleh rakyat digantikan oleh teknokrat.  Sementara di Belgium, akibat perbalahan bahasa, 18 bulan negara itu tanpa sebuah kerajaan yang sah.  Yang tidak kurang teruknya ialah Amerika Syarikat yang mengalami kelumpuhan politik yang hampir meletakkan negara itu dalam krisis hutang dan diturunkan gred daripada AAA kepada AA+, dan yang terbaharu kegagalan Jawatankuasa Super untuk mencapai kesepakatan untuk mengurangkan defisit. 


Melihat Najib begitu bermegah mendakwa   UMNO mengamalkan demokrasi, seolah-olahnya beliau tidak mengikuti perkembangan semasa bahawa di mana-mana sahaja demokrasi cukup comot.  Sesungguhnya, tidak ada  faedah untuk belilau  mengetengahkan demokrasi dalam amanatnya itu.  Tidaklah perlu beliau berbangga dengan demokrasi kerana tidak ada apa yang perlu dibanggakan dengan sistem ini sekarang. 


Dengan demokrasi, Najib benar-benar menari di atas pentas yang sedang roboh!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...