Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Tatkala tahun 2011 akan melabuhkan tirainya tidak berapa lama lagi, beberapa majalah muncul dengan penerbitan edisi khas masing-masing, misalnya Time dengan "Person of the Year 2011," Foreign Policy dengan "Top 100 Global Thinkers," dan Fortune dengan "Investor's Guide 2012."
Sementara The Economist, seperti tahun-tahun sebelum ini, menyenaraikan buku terbaik tahun 2011, berdasarkan politik dan hal ehwal semasa, biografi dan memoir, ekonomi dan perniagaan, sejarah, sains dan teknologi, budaya, masyarakat dan kembara, fiksyen, dan puisi.
Dengan penyenaraian ini, membuktikan bahawa buku bercetak masih mendapat tempat di kalangan pembaca, meskipun jualannya merosot, disaingi oleh e-buku dan berlaku transformasi dalam industri perbukuan. Walaupun kini kita menyaksikan kemaraannya, e-buku juga mempunyai masalah yang tersendiri, seperti penentuan harga yang menyebabkan Kesatuan Eropah menyiasat Apple dan lima penerbit lain baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment