Artikel Popular

Wednesday, December 7, 2011

Dekad yang Hilang di Serata Tempat

RABU,  7  Disember 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dua hari lalu, dekad yang hilang mendapat liputan dalam komen akhbar The Guardian daripada peperangan kepada ekonomi.  Pertama,  melalui editorialnya, berhubung dengan Afghanistan akibat banyaknya keputusan yang silap dibuat dalam satu dekad. 

Sementara itu, Aditya Chakrabortty menulis bagaimana Britain akan menghadapi dan mengatasi kehilangan dekadnya, yang beliau cadangkan supaya belajar daripada Jepun.  Dalam makalah itu, Chakrabortty merujuk dua berita buruk yang menyelubungi Britain.  Pertama tentang ekonomi negara itu kira-kira 13 peratus lebih kecil daripada yang kerajaan andaikan pada masa melambung.  Kedua, ramalan bahawa keluarga British purata akan menjadi miskin pada tahun berbanding dengan mereka pada tahun 2002.  United Kingdom yang keluar daripada penjagaan  intensif, tetapi terpaksa bergelut dengan kebekuan jangka panjang. 

Dalam membandingkan dekad yang hilang antara Jepun dengan Britain, beliau menegaskan bahawa sepanjang 20 tahun lalu, kerajaan negara matahari terbit iltu melaksanakan rangsangan fiskal, seperti yang dapat dilihat dlam defisit belanjawan besar tahunan, dengan itu, infrasktruktur diperbaharui secara konstan.  Sebaliknya, di Britain, kerajaan pakatan merancang untuk memotong perbelanjaan terhadap projek baru yang besar, tetapi tidak ada tanda bahawa sektor swasta akan membayar bil. 

Hujah beliau, dua aspek yang menunjukkan Britain dekad yang hilang jauh lebih teruk berbanding dengan Jepun.  "Pertama, syarikat Jepun mengekalkan staf mereka: kadar pengangguran sepanjang 20 tahun lalu tidak pernah mengatasi enam peratus. Berbanding dengan tradisi British ambil pekerja dan pecat, kadar pengangguran telah mencecah sembilan peratus.  Kedua, orang Jepun menghormati kesamaan yang bermakna bahawa bahkan ketua pegawai ekseutif dalam firma besar hanya menerima upah 16 kali pekerja purata.  Di Britain, bos FTSE dibayar hampir 88 kali daripada apa yang pekerja peroleh. 

Merentas Atlantik, dekad yang hilang untuk Amerika dijangkakan berakhir  hingga  tahun 2016, tulis Robert Lenzner dalam Forbes, yang antaranya memetik Martin Wolf dalam Financial Time: "Kita benar-benar terhumban ke dalam dekad yang hilang."  

Dalam "How the U.S. Can Avoid a Lost Decade," Michael Silvy yang menulis dalam Time menyatakan masalah global hari ini boleh melumpuhkan ekonomi Amerika Syarikat dan pasaran saham untuk 10 tahun akan datang, tetapi dapat dicegah.   Istilah "dekad yang hilang," menurut beliau,  lebih dikenali dalam kaitannya dengan kebekuan yang lama di Jepun yang berpunca daripada keruntuhan pasaran saham pada tahun 1989 di negara itu dan pelan penyelamat bank yang menyusul.  Yang terkini, menjadi terkenal di United Kingdom, sebagai cara merujuk ramalan kemerosotan tidak selari dalam taraf hidup.  Versi Amerika tentang dekad yang hilang tidak benar-benar selari dengan yang dialami oleh Jepun atau United Kingdom, tetapi masih menakutkan.  

Sehubungan dengan itu, Silvy membangkitkan tiga persoalan.  Pertama, mengelakkan satu lagi kemelesetan tidak memadai.  Kedua, kemelesetan kewangan lebih merosakkan jika dibandingkan dengan kemelesetan biasa.  Ketiga, kejutan luaran boleh membawa kemelesetn curam berganda.  Beliau mengingatkan bahawa "untuk mengelakkan dekad yang hilang, adalah sedikit penting untuk menumpukan usaha memulihkan pertumbuhan, sebagaimana keluar daripada kemelesetan.  Strategi kelangsungan tidak memadai."

Kemelesetan curam berganda, kebekuan ekonomi, dan dekad yang hilang, adalah antara ungkapa yang sering kedengaran yang menandakan bahawa ekonomi banyak negara, dan  bahkan dunia masih belum pulih sepenuhnya.  Ketiga-tiga ungkapan itu sentiasa menghantui negara yang pemulihan lemah dan pertumbuhan perlahan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...