Artikel Popular

Saturday, December 24, 2011

BRIC: India Tersingkir, Indonesia Tergolong?

SABTU,  24  Disember 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

Pada tahun 2001, Jim O'Neill dari Goldman Sachs mencipta konsep BRIC.  Bersama-sama rakan-rakannya, beliau  banyak menerbitkan penyelidikan tentang BRIC, yang menjadi sinonim dengan kemunculan Brazil, Rusia, India, dan China sebagai peluang pertumbuhan pada masa hadapan.  Idea bahawa pasaran sedang muncul tersebut akan memainkan peranan peranan baru dan lebih kuat dalam ekonomi global.  Meskipun berlaku krisis ekonomi global, Goldman Sachs percaya bahawa BRIC masih  di atas.  Semenjak pengenalan konsep itu, negara BRIC sentiasa menjadi tumpuan, dan tidak sukar untuk mendapatkan sumber tentang keempat-empat negara tersebut 

Negara berkenaan pernah mengadakan pertemuan formal pertama di Rusia pada tahun 2009 untuk menuntut suara yang lebih besar dalam sistem kewangan global dan sistem monetari yang lebih dipelbagaikan.  Bahkan, pernah dikatakan bahawa  negara BRIC  cuba menganjak kuasa keseimbangan global.  China dan negara BRIC lain dijangkakan akan membina semula orde ekonomi dunia baru, seperti yang pernah dibahaskan oleh Ashley Seager dalam The Observer


Walau bagaimanapun, sempena 10 tahun pengenalan konsep BRIC, Fareed Zakaria, menulis dalam blognya pada 21 Disember, bahawa sebuah daripada empat buah negara itu.  Beliau memetik Jim O'Neill yang berkata negara berkenaan amat mengecewakan.  Bukan Rusia, meskipun negara itu baru-baru ini dalam kesusahan; bukan Brazil yang ekon omi menguncup dalam suku tahun lalu; dan pastinya bukannya China, yang semakin gagah.  

Fareed menulis  bahawa O'Neill berkata bahawa "negara yang benar-benar mengecewakan ialah India."  Beliau menunjukkan minggu lalu bahawa ketidakmampuan India menarik pelaburan asing  sebenarnya boleh membawa kepada krisis keseimbangan bayaran.  Fareed menegaskan bahawa beberapa angka memberitahu cerita yang menyusahkan.  Pertumbuhan India terbenam di bawah tujuh peratus untuk kali pertama dalam masa dua tahun.  Rupee India merupakan mata yang paling teruk di Asia pada tahun ini, jatuh kepada terendah dari segi sejarah berbanding dolar.  Defisit India meningkat dan pendanaan kekeringan.  India menerima kurang AS$20 bilion pelaburan langsung asing (FDI) dalam tempoh enam bulan 2011, manakala China mendapat tiga kali daripada jumalh tiu, bahkan Rusia dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jumlahnya lebih tinggi.

Masalah sebenar India, seperti yang dijelaskan oleh Fareed Zakaria, bukannya ekonomi.  India mempunyai sektor swasta yang dinamik.  Akan tetapi, kerajaan tidak berfungsi.  Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Manmohan Singh bergelut dengan masalah politik.  Demokrasi yang terbesar di dunia seolah-olahnya lumpuh. 

"New Delhi," tulis Fareed, "beberapa tahun melahirkan kebanggaan kerana menjadi sebahagian BRIC. Jika  India tidak dapat bertindak bersama-sama, 10 tahun dari sekarang, orang mungkin masih menyanjung BRIC, kecuali bahawa "I" dalam BRIC mungkin bermasud untuk Indonesia, bukan India."

Sebenarnya, The Economist dalam keluaran terbaharu, "Special Holiday Double Issue"  turut mendedahkan kelumpuhan politik India bahawa telah diketahui umum Manmohan Singh tidak sehaluan dengan ketua Parti Kongres, Sonia Gandhi.  Sekutu Kongres dalam kerajaan pakatan, iaitu Trinamul Congress,   yang diketuai oleh Mamata Banerjee merupakan sekutu yang tidak boleh dipercayai.  Walau bagaimanpun, dalam ruangan "Economic and Financial Indicators," majalah itu menjangkakan ekonomi India tumbuh sebanyak 7.6 peratus. 

Jika India benar-benar tersingkir, adakah Indonesia akan menggantikannya?  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...