KHAMIS, 22 Disember 2011
Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Jangan keliru. Tulisan ini bukan tentang desa global atau desa sejagat yang amat popular pada dekad terakhir abad ke-20. Dunia tanpa sempadan dan berakhirnya negara bangsa. Sebaliknya, tulisan ini tentang Jalan Global yang datang ke Wall Street: Gerakan Menduduki.
Berkeley Journal of Sociology dalam satu keluarannya muncul dengan liputan yang menarik, iatu memahami gerakan Menduduki: perspektif dari sains sosial yang menggabungkan esei, ulasan kritis, dan akhirnya penyelidikan sains sosial tentang gerakan Menduduki. Antara penulisnya ialah Mike Davis, David Harvey, dan Slavoj Zizek.
Sementara Saskia Sassen yang menyumbang "The Global Street Comes to Wall Street" menulis bahawa perjuangan dan demonstrasi jalanan merupakan kemodenan global kita. Selepas meninjau kebangkitan di dunia Arab dan protes yang berlaku di seluruh dunia, termasuk Wall Street, Sassen berhujah bahawa jalan bandar, sebagai ruang awam adalah dibezakan daripada anggapan Eropah klasik tentang ruang yang diritualkan untuk aktiviti awam, dengan medan dan jalan berhias. "Saya fikir ruang 'jalan' yang pastinya termasuk dataran dan mana ruang terbuka yang boleh didapati, sebagai terdedah dan ruang kurang diritualkan. Jalan merupakan ruang tempat bentuk baru sosial dan politik dapat dibuat, dan bukannya ruang untuk melakukan rutin yang diritualkan."
Sassen membezakan antara "jalan dan dataran" dengan "medan dan jalan berhias." Yang pertama menunjukkan tindakan, manakala yang kedua menunjukkan ritual.
Hujah beliau lagi, kota ialah ruang tempat golongan yang tidak berupaya dapat mencipta sejarah. Itu bukan untuk mengatakan kota hanya ruang, tetapi sesuatu kritikal. Dengan kemunculan dan boleh dilihat dengan satu sama lain, dapat meminda ciri tidak berupaya. Namun, Sassen mengakui terdapat jenis berbeza tidak berupaya.
Sassen merumuskan bahawa beberapa ciri penting aneka luas perjuangan yang berlaku di Timur Tengah dan Afrika Utara, tetapi juga dengan ciri spesifik sendiri di tempat yang berbeza, seperti kota-kota di China, Israel, Chile, Greece, Sepanyol, dan Amerika Syarikat mendorong beliau untuk berhujah bahawa persoalan ruang awam adalah penting untuk memberi retorik dan pembukaan operasi kepada golongan tidak berupaya. Akan tetapi, ruang awam ini perlu dibezakan dengan konsep ruang awam dalam tradisi Eropah.
"Hal ini," jelas beliau, "membawa saya kepada konsep Jalan Global, berbeza dengan medan dan jalan berhias tradisi Eropah. Dan ini menuntut perhatian terhadap wilayah, iaitu kategori yang diratakan ke dalam satu makna, iaitu wilayah nasional sepanjang abad lalu, yang kini hidup menerusi pendudukan, seperti yang berlaku di Dataran Tahrir dan Menduduk Wall Street."
Pastinya, Jalan Global ini terbentang luas, meskipun golongan yang berkuasa berusaha memusnahkannya, atau paling tidak, mengepungnya daripada diterobosi dan ditembusi.
No comments:
Post a Comment