Artikel Popular

Thursday, December 15, 2011

Pencurian Barang Kedai dan Punca Wabak Penyakit, Malaysia Tergolong

KHAMIS,  15  Disember 2011
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dalam beberapa  hari ini, The Huffington Post menerbitkan beberapa laporan kajian yang menarik. Pertama, laporan pengelakan cukai yang menyebabkan dunia kerugian lebih AS$3 trilion atau lima peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sepuluh  buah negara teratas, kebanyakannya negara maju, didahului oleh Amerika Syarikat,  diikuti oleh Brazil, Italy, Rusia, Jerman, Perancis, Jepun, China, United Kingdom, dan Sepanyol. Di Malaysia juga berlaku pengelakan cukai yang membawa kerugian kepada negara. 

Laporan lain, tetapi pastinya memeranjatkan,  adalah berhubung dengan pencurian barang kedai. Dalam penarafan pencurian barang kedai di peringkat dunia mengikut negara 10 teratas, Malaysia tersenarai, iaitu menduduki tangga kesembilan sebelum Amerika Syarikat yang menduduki tangga ke-10.  Menduduki senarai paling atas ialah India,  diikuti oleh Rusia, Maghribi, Afrika Selatan, Brazil, Mexico, negara jiran kita, iaitu Thailand, dan Turki. 

Semalam, akhbar itu melaporkan bahawa dua orang dalam setiap tiga orang rakyat Amerika berasa bimbang kemungkinan merebaknya penyakit global atau jangkitan.  Memetik Peter Daszak, Presiden EcoHealth Alliance yang mendapati, "negara tropika seperti Malaysia atau Bangladesh adalah kemungkinan besar sumber pandemik yang teruk seterusnya, syukur sebahagian besarnya kepada pembangunan manusia yang pesat bersama-sama populasi padat hidupan liar di rantau ini."   

Secara keseluruhannya, pakar berpendapat bahawa kira-kira 75 peratus penyakit berjangkit yang baru muncul berasal daripada haiwan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...