Artikel Popular

Tuesday, February 5, 2013

Pemilik In-N-Out, Hartawan Wanita Termuda Amerika

SELASA, 5 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Dalam "London Bridge Masih Kukuh," saya mencatatkan pengalaman saya dan isteri menikmati burger bawang di In-N-Out yang terletak berhampiran dengan jambatan itu. Ketika itu, saya hanya  merasakan  restoran tersebut sama seperti   restoran makanan segera yang lain, misalnya McDonald's dan Carl's Junior, baik dari segi makanan mahupun dari segi minuman soda yang boleh ditambah sekehendak hati.  

Hanya yang masih kekal dalam ingatan saya, tentang cadangan pelayan di kaunter In-N-Out yang mengesyorkan saya dan isteri memesan burger bawang, selepas kami memberitahu kami tidak mahu burger daging dan ayam.



Kira-kira dua bulan kemudian, menurut The Huffington Post yang memetik Bloomberg,  pemilik In-N-Out, iaitu Lynsi Torres merupakan hartawan wanita termuda Amerika. Lynsi tidak memiliki ijazah kolej atau banyak latihan pengurusan formal, memiliki 280 buah restoran di lima buah negeri di Amerika Syarikat, dengan nilai kini dianggarkan AS$1.1 bilion, iaitu 19,298 kali lebih tinggi daripada isi rumah median di negara itu pada tahun 2010.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...