Artikel Popular

Tuesday, February 12, 2013

Berapa Lama untuk Jadi Jutawan

SELASA, 12 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Bergelar jutawan menjadi idaman kebanyakan orang, walaupun mungkin bukan semua orang.  Pakar motivasi kelihatan di sana sini memberikan ceramah tentang bagaimana seseorang itu dapat menjadi jutawan, dengan pelbagai cara, misalnya melalui pasaran saham, jualan langsung, pemasaran melalui Internet dan media sosial, dan sebagainya.  Tidak ketinggalan pakar motivasi di Malaysia yang tidak jemu-jemu memberikan tunjuk ajar bagaimana seseorang dikenali sebagai jutawan, biarpun pakar itu sendiri tidak kaya-raya.

Melalui carta hariannya, The Economist, menunjukkan  berapa lama seseorang di sesebuah negara akan bergelar jutawan berdasarkan pendapatan isi rumah median sebelum cukai pada tahun 2010 atau kemudian.  Daripada yang terendah di Amerika Syarikat, iaitu kira-kira 25 tahun kepada yang tertinggi di Romania yang memerlukan hampir 350 tahun.  Selain Amerika Syarikat, Norway, Switzerland, Australia, Denmark, Kanada, Jepun, Perancis, Jerman, Britain, dan Italy, memerlukan 50 tahun atau kurang, manakala Mexico memerlukan lebih tiga abad. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...