Artikel Popular

Tuesday, February 19, 2013

Presiden: Selebriti dan Harta

SELASA, 19 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH





Sebaliknya, salah satu makalah memberikan liputan terhadap hubungan antara  beberapa orang  Presiden Amerika Syarikat dengan beberapa selebriti.  Misalnya, Presiden Barack Obama dengan Beyonce yang diketahui umum, manakala +Ronald Reagan dan +George H.W Bush  dengan +Michael Jackson,  Jimmy Carter dengan +Elvis Presley dan +John Travolta, tidak ketinggalan Jane  Fonda,  Gerald Ford (juga George H.W Bush) dengan Brooke Shields, Bill Clinton dengan Sarah Jessica Parker, +George W. Bush dengan Mandy Moore. 

Barangkali dalam Presiden Amerika,  Barack Obama boleh dikatakan popular dalam kalangan selebriti yang pernah dijadikan modal  oleh kempen Mitt Romney untuk melanyak beliau dalam Pilihan Raya Presiden Amerika. Selebriti berkenaan selain Beyonce, ialah Sarah Jessica Parker, +Scarlett Johansson, Iva Longoria, +Barbara Streisand+Madonna,  +Lady Gaga+George Clooney, dan +Morgan Freeman turut membantu Obama dalam pilihan raya tahun  lalu, sama ada turut berkempen ataupun menghulurkan bantuan kewangan.

Makalah kedua adalah tentang 10 Presiden Amerika yang terkaya, yang dalam kategori  ini, Barack Obama tidak tergolong: mempunyai harta antara AS$5 juta hingga AS$7 juta daripada  royalti   buku.  Bill Clinton dianggarkan memilik harta bernilai AS$55 juta. Selain Clinton, turut tersenarai ialah John F. Kennedy (AS$1 bilion), +Franklin D. Roosevelt (AS$60 juta), Herbert C. Hoover (AS$75 juta), +Lyndon B. Johnson (AS$98 juta), +James Madison (AS$101 juta), Theodore Rossevelt (AS$125 juta), Thomas Jefferson (AS$212 juta), dan George Washington (AS$525 juta).


   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...