Artikel Popular

Monday, February 11, 2013

Calon Baru Republik Pisang

ISNIN, 11 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Sebuah lagi negara maju selepas Amerika Syarikat akan tergolong dalam republik pisang.  Kali ini giliran Britain.  Dalam "mengalu-alukan" perlantikan Mark Carney sebagai Gabenor Bank of England, Larry Elliott memberikan pilihan, sama ada menjadikan negara itu republik pisang ataupun negara dua pertama. 

Carney, hujah Elliott, bergelut dengan cabaran yang amat berat: dua tahun pertumbuhan sifar dan separuh perjalanan menerusi dekad yang hilang kejatuhan taraf hidup, maka harapan terlalu rendah.  Tidak sejak akhir tahun 1970-an dan awal 1980-an, iaitu tempoh inflasi yang tinggi, kekacauan perindustrian dan peningkatan pengangguran, mempunyai mood ekonomi negara yang muram.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...