Artikel Popular

Monday, February 18, 2013

Industri "Sewa Rahim": Kerajaan India Kenakan Peraturan Ketat

ISNIN, 18 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH




Seperti yang dikatakan sebelum ini, wanita India kurang peluang ekonomi.  Mungkin satu-satunya peluang yang terbuka untuk mereka adalah industri "sewa rahim" atau surogasi.  yang berkembang pesat. Industri   ini bernilai AS$2.5 bilion, setiap tahun, dianggarkan 25,000 orang pasangan asing melawat India untuk mendapatkan khidmat "sewa rahim," menghasilkan lebih 2000 kelahiran.  "Sewa rahim" adalah tawar-menawar di India, dijalankan di mana-mana sahajua daripada AS$18,000 kepada AS$30,000, perkhidmatan yang kira-kira satu pertiga daripada harga Amerika Syarikat, dan secara tradisional, kurang peraturan mengeliling industri ini menjadikan destinasi popular untuk pasangan dari negara yang "sewa rahim" tidak sah.

Walau bagaimanapun, kerajaan India, menurut Nilanjana Bhowmick,   mula mengenakan peraturan bahawa pasangan gay, lelaki dan wanita tunggal, pasangan yang tidak berkahwin, dan pasangan dari negara yang "sewa rahim" adalah salah dari segi undang-undang disekat daripada menyewa surogat komersial di india.  Peraturan itu menyatakan bahawa orang asing yang mahu menyewa surogat mesti "lelaki dan wanita yang bekahwin dan perkahwinan sepatutnya selama dua tahun sekurang-kurangnya.

Dalam perkembangan yang lain, dilaporkan dalam The Atlantic, berlaku keganasan setiap hari terhadap wanita yang hamil di India. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...