Artikel Popular

Monday, February 25, 2013

Ikan Palsu dalam Pinggan

ISNIN, 25 Februari 2013
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Baru-baru ini +McDonald's yang lazimnya terkenal dengan makanan daging atau ayam, dilaporkan memperkenalkan cita rasa ikan untuk para pelanggan.  Dalam pada itu, kemerosotan perikanan, menurut AP, membimbangkan, tetapi tidak dapat dipastikan, pemakan ikan sedar akan keadaan ini.  Memetik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pengeluaran makanan mesti dilipatgandakan untuk memenuhi keperluan ledakan penduduk, dan keperluan itu kemungkinan ditampung sebahagiannya  oleh makanan laut yang diternak.

Sementara itu, di Amerika Syarikat, kajian menunjukkan bahawa ikan palsu dijadikan hidangan, termasuk di restoran.  Mengulas akan hal itu, Christopher Mims menegaskan bahawa 59 peratus "ikan tuna" yang orang Amerika bukannya tuna.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...